Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 9

Sabtu 21:11:14 Dear Encik Diary, Topik kita pada hari ini ialah tentang Med dan Fizrin. Saya risau tentang Med. Walaupun Med tak berterus terang, saya tahu Med sukakan Fizrin. Kalau Med tak sukakan Fizrin, takkanlah Med selalu sakit hati tentang Fizrin ... Saya tak faham Fizrin. Setiap kali Med hantar mesej, Fizrin ambil masa yang lama untuk membalas. Okay, Fizrin mungkin sibuk memandangkan Fizrin ialah salah seorang ahli jawatankuasa untuk Enginius. Enginius ialah persatuan untuk pelajar kejuruteraan. Haa ... Encik Diary tahu tak yang perkataan ingenium dari bahasa Latin yang bermaksud "innate quality, especially mental power, hence a clever invention”. Ini kata Syeikh Wikipedia tau ... Bukan saya yang cakap. Jadi ... saya ada kuasa mental ... dan ... pandai mereka cipta. Ya ... Mereka cerita pun saya cukup pandai ... Ya ... Haha. Okay, sambung tentang Med dan Fizrin. Fizrin akan ambil masa yang lama untuk balas mesej dari Med. Kadang-kadang Med juga akan ambil masa yang agak lama untuk balas mesej Fizrin. Tapi kan ... Fizrin selalu marah kalau Med lambat balas mesej. Pelik, kan? Lagi satu, sudahlah lambat balas mesej, biasanya Fizrin takkan balas mesej dari Med. Setiap kali saya tengok Med hantar mesej daripada Fizrin, setiap dua minit Med akan tengok kalau-kalau ada mesej dari Fizrin. Akhirnya, Med akan kecewa sebab Fizrin akan terus membisu. Tapi Encik Diary, yang buat saya rasa nak marah bagi pihak Med ialah, setiap kali Fizrin hantar mesej kepada Med, soalan pertama yang Fizrin akan tanya ialah “Lama tak mesej. Sombong.” Dan apabila Fizrin hantar mesej, Fizrin mahu dia diutamakan. Dia mahu Med membalas mesej darinya dengan cepat. Kalau tak, Fizrin akan call atau hantar mesej berkali-kali. Encik Diary bengang tak? Saya rasa kalau saya telefon Hot FM semasa Zon Bengang, saya yakin kes saya dikategorikan sebagai kes bengang. Saya tahu saya tak ada hak untuk msuk campur dalam hal Med dan Fizrin. Tetapi memandangkan Med ialah kawan saya, saya teringin untuk jaga Med. Saya tak nak Med terluka. Okay, kita sambung situasi Med dan Fizrin lagi. Med dan Fizrin, setahu saya, tak pernah bercakap di dalam kelas. Cara mereka berkomunikasi hanyalah melalui telefon. Pernah juga saya dengar Med bercakap dengan Fizrin di telefon. Saya pernah tanya Med kenapa mereka tak bercakap di kelas atau di mana-mana. Encik Diary nak tau apa jawapan Med? “Fizrin cakap dia lagi suka macam ni. Maksud dia, aku dan dia cuma contact melalui telefon.” Dan selain dalam telefon, you two are complete strangers? How fun is it? Saya teringin nak tanya soalan tu pada Med tapi saya tak sampai hati. Saya takut Med kecil hati dengan sikap saya yang kadang-kadang agak sarcastic. Daripada pemerhatian saya, saya rasa Fizrin tak serius dengan Med. Mungkin Med cumalah tempat untuk Fizrin menghilangkan kebosanan. Kalau Fizrin serius, kenapa dia tak nak bercakap dengan Med di kelas? Kenapa mesti berlakon macam tak kenal antara satu sama lain? Saja? That’s nonsense. Malu? That’s even worse. It is a humiliation. Tapi Encik Diary ... Baru-baru ni Med tak henti-henti menerima mesej. Setiap kali Med terima mesej, Med akan tersenyum. Pernah juga saya bagi jelingan maut pada Med tapi Med hanya sengih. Med tak nak bagitau saya dengan siapa dia berbalas mesej. Saya yakin orang itu bukan Fizrin. Sebab Fizrin tak mungkin hantar mesej kepada Med setiap hari. Biasanya Fizrin akan hantar mesej dua minggu sekali atau sebulan sekali. Huh. Encik Diary ingat lagi Ahmad Ghazali and the gang, kan? Intuisi kewanitaan saya memberitahu yang Med sedang berbalas mesej dengan salah seorang daripada empat orang kawan baik itu. Saya rasa orang itu bukan Ahmad Ghazali. Mengikut analisis saya, yang tidak berasaskan mana-mana fakta, mungkin the mysterious guy ialah Paan. On what basis I stated my assumption? Among those four guys, Paan yang paling suka mengusik Med. Ahmad Ghazali pun selalu menyakat Med. Tapi Paan macam ... flirting. Dia bukan mengusik sesedap mulut. Setiap kali Paan mengusik, usikannya berbaur ... uhh ... godaan? Eee ... that sounds dirty. Yang penting, Paan macam orang yang tengah meng’ayat’ semasa mengusik. Encik Diary faham, kan? Good. Bila bercakap pasal Ahmad Ghazali and the gang, hmmm ... hari ni saya diusik lagi. Saya tak diusik seteruk Med. Med selalu bagi respond pada usikan mereka berempat. Tadi Ahmad Ghazali duduk sebaris dengan saya dan Med. Sewaktu menghulurkan kertas kedatangan, boleh pulak Ahmad Ghazali tu main tarik-tarik kertas, Encik Diary. Bila saya hulurkan tangan untuk ambil kertas kedatangan, dia tarik kertas tu semula dan senyum. Saya buat poker face, subcooled atmosphere. Tapi Ahmad Ghazali, walaupun saya tetap tak bagi respond, dia tetap senyum. Encik Diary rasa saya ni hipokrit tak? Atau play hard to get? Jinak-jinak merpati, bak kata pepatah bahasa Melayu. Saya macam burung merpati ke? Tak masuk akal. Dari sudut mana saya fikir pun, saya bukan macam burung merpati. Ngee. Adakah saya seorang yang hipokrit? Kalau orang tak kenal saya, memang orang akan cakap saya sombong dan sukar untuk didekati. Tapi bila orang kenal saya, saya tak sombong pun, kan? Saya becok, kan? Secara jujurnya, saya memang tak nak jadi orang yang mudah didekati. Saya tak kisah dikatakan sombong dan saya tak kisah tak ada banyak kawan. Buat apa saya berpura-pura jadi orang yang peramah dan banyak kawan kalau itu semua hanya luaran? Bila saya baca balik apa yang saya tulis ni, saya ni memang sombong orangnya, kan? Haha. Tapi itu diri saya yang sebenarnya. Saya bukan diri saya lima tahun yang lalu. Terlalu peramah, terlalu baik, terlalu optimistic, terlalu percaya dan akibatnya ...? I lost everything including myself ... Encik Diary, hujung minggu ni saya dan Med merancang untuk duduk di rumah dan mengadakan Movie and Drama Marathon. Med meminjam drama Korea bertajuk Full House dan My Girl. Saya dan Med Cuma akan berhenti untuk solat. Kami akan makan dan minum dan menjahit manik di hadapan TV. Dengan kata lain, kami akan berkhemah di hadapan TV. Uhh ... perfect. Nanti kita sembang lagi ya, Encik Diary. Sekarang masa untuk episode ke-9 Full House. Tata.

0 comments:

Post a Comment