Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 6

Khamis 00:20:11 Dear Encik Diary, Setiap hari Rabu, saya ada kelas kokurikulum. Buat masa ni saya belajar kelas Leadership and Management. Semester depan pula saya akan belajar Parenting and Family Management. Complete, kan? Bagi saya aktiviti kokurikulum di IIUM agak komprehensif. Bermula dari Fardhu Ain atau Study Circle untuk memperbaiki kelemahan diri dengan menghafaz doa harian dan ayat Al-Quran, disambung dengan Leadership and Management yang membimbing pelajar untuk menjadi ketua dan cara berkomunikasi dengan baik, seterusnya dilengkapkan dengan kelas Parenting and Family Management ilmu untuk membina keluarga yang sihat dan bahagia mengikut Islam. Saya seronok belajar dalam kelas Leadership. Saya suka trainer subjek ni. Dia berdedikasi dan boleh dijadikan role model walaupun ada masanya dia garang. Trainer beritahu yang tugasan untuk semester ini ialah untuk merancang sebuah bandar. Bandar, Encik Diary. Bukan senang. Banyak yang perlu dirancang. Pembetulan. Terlampau banyak perkara yang perlu dirancang dan memerlukan banyak kajian. Tapi seronok, kan? Inilah masanya untuk “Let your imagination takes you to the sky”. Kalau saya boleh rancang Bandar, saya nak Bandar yang ada banyak rumput dan pokok bermusim. Mesti cantik bila semua pokok tu berbunga, kan? Macam pokok sakura di Jepun. Okay, that was so uneducated thinking. Yang penting, healthy environment comes first. Anyway, Encik Diary ... Hati saya tengah berbunga-bunga. Emm ... Hari ni hati saya macam musim bunga yang tengah mekar berkembang. Haha. Gedik! Lepas kelas Instrumentation and Control, saya pergi ke library untuk meminjam novel. Hihi. Saya datang ke library untuk meminjam novel sahaja. Tiba-tiba ... Saya ternampak seseorang ... tiba-tiba ... Saya rasa saya macam berada di atas awan ... Encik Diary, kacaknya dia! Haha. Ye, saya dah gila. Gila dengan kekacakan dia. Haha. Okay, this is so not me. Tapi begitulah kisahnya. Hati saya telah dicuri walaupun pencurinya tak berniat untuk mencuri. Euw ... gediknya saya! Haha. Tak padan dengan status saya sebagai pelajar di sebuah universiti Islam. Malulah sikit, Zue! Hait! Wakatta dattebayo! Dia sangat kacak, Encik Diary. Walaupun tak sekacak Kim Dong Woo, tapi kiranya dia bukan sahaja conforming to the requirements, bukan juga exceeding the requirements tetapi sudah mencapai tahap wowing the customer. Customer tu ialah saya dan dia ialah produk yang sangat Berjaya. Haha. Tahap kegilaan saya hampir mencecah negatif infiniti. Tadi waktu saya terjumpa Encik Kacak, itu nama yang saya nak berikan pada dia buat masa ini, langkah saya terhenti, Encik Diary. Selamatlah tak ada orang di belakang saya. Kalau ada, mesti ada perlanggaran dinamik di situ juga. Encik Diary, saya teringatkan Encik Kacak. Dia tinggi, mungkin ketinggiannya ialah 175 cm atau 178 cm, keningnya agak tebal, kulitnya cerah, rambutnya hitam dan disikat kemas. Dia ada sedikit janggut, macam kambing jugalah kalau saya fikir balik. Haha. Tapi dia sangat, sangat dan sangat kacak di mata saya. Kenapa tiba-tiba saya rasa Kim Dong Woo ditewaskan oleh Encik Kacak? Oh no! Tapi saya rasa tak mungkin Kim Dong Woo dikalahkan oleh Encik Kacak. Kim Dong Woo berjaya membuatkan saya jatuh cinta lagi dan lagi ... Encik Kacak? Hmm ... Agak mustahil. Haha. Saya serius, Encik Diary. Setiap kali saya tengok Kim Dong Woo, saya akan teringat senyumannya yang sangat manis dan gayanya yang sangat cool dan gentle ... Waaa ... bahagianya saya kalau saya ada boyfriend macam Shin Woo ... Okay ... Zue ... You can come back to your dull, humdrum ordinary life. You’ll never, ever, in your life, get a boyfriend like Shin Woo. Agaknya bila saya boleh jumpa dengan Encik Kacak lagi? Macam mana kalau saya tak boleh tidur sebab teringatkan Encik Kacak? Damn! Super gedik! Haha. Saya rasa saya sudah gila, Encik Diary. Encik Kacak yang buatkan saya jadi gila ... Gila bayang ... Angau ... Tak boleh jadi ni! Esok saya mesti pergi ke library! Keputusan muktamad! Huh! Encik Diary, saya rasa ada sesuatu yang sedang terbakar dan kuat membara. ... Apa yang terbakar? Hati saya sedang terbakar dan membara merindukan Encik Kacak. Hahaha. Encik Diary nampak tak cahaya matahari sekarang ni? Ah, memang Encik Diary tak nampak sebab malam tapi saya tetap nampak ... Saya rasa wajah Encik Kacak sedang bercahaya terang di mata saya. Haha. Not funny. Okay. Baik, ini yang terakhir. Encik Diary rasa Encik Kacak tu nelayan ke? Apa? Memanglah tak. Encik Kacak tu pelajar IIUM. Itu common sense. Tapi Encik Kacak telah menebarkan jala cinta ke hati saya! Hahaha. Damn! Ah, saya lupa nak beritahu pasal Med dan Fizrin. Encik Diary ingat lagi kan pasal Fizrin? Saya masih berasa syak wasangka dengan Fizrin. Setiap kali saya nampak Fizrin dan kawannya, saya rasa macam ada sesuatu. Fizrin merupakan salah seorang class mate saya untuk kelas Instrumentation and Control. Fizrin tak berlenggang dengan handphone langsung! Saya pernah bertanya pada Med sama ada Fizrin menghantar mesej. Tapi kata Med, Fizrin tak pernah menghantar mesej ketika berada dalam kelas. Jadi, Fizrin berbalas mesej dengan siapa? Ya, mungkin dengan kawan. Tapi Encik Diary, saya perasan Fizrin sengih dan senyum setiap kali dia menerima mesej. Pelik tak? Saya bukan apa ... Saya tak nak Fizrin main-mainkan Med. Med seorang kawan dan semestinya seorang gadis yang baik. Saya tak nak Fizrin lukakan hati Med. Hmm ... Encik Diary, saya nak tidur dan bermimpikan Encik Kacak malam ni. Jangan menyibuk tau. Selamat malam.

0 comments:

Post a Comment