Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 4

Jumaat 11:09:20 Dear Encik Diary, Dalam seminggu, saya paling suka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kenapa? Sebab tiga hari tu saya tak ada kelas. Jadi saya tak perlu ke IIUM dan secara automatiknya saya boleh bangun lewat. Hihi. Heaven ... Saya seorang saja di rumah. Mama bekerja di sebuah kedai bakeri di Sri Gombak. Yep, Mama ada dua pekerjaan. Saya pernah bagitau, kan? Dari awal pagi sehingga pukul 4 petang, Mama bekerja di The Baker’s Cottage yang mula beroperasi pada tahun 2003 kalau tak silap. Saya suka makan sandwich tuna yang dijual di Baker’s Cottage. Sedap sangat. Anyway, sejak bekerja di situ, Mama belajar membuat kek dan roti. Kadang-kadang Mama akan turunkan ilmu berharga kepada saya tapi saya ... hee ... pemalas. Mama pernah ajar saya buat pizza, donat, kek lapis perisa pandan, kek moist chocolate (my favourite, yummy) dan kek cawan. Senang tapi saya tak pernah rajin untuk cuba bakar sendiri. Pada waktu malam pula Mama akan menjahit baju. Alhamdulillah, banyak juga pelanggan tetap Mama. Kebanyakan pelanggan Mama ialah penduduk di sekitar flat Pinggiran Batu Caves. Bukan senang jadi tukang jahit tau, Encik Diary. Ketika Mama mula-mula menjahit baju, saya dan Mama selalu terdengar suara-suara sumbang (dan busuk hati serta keji) yang mengata saya dan Mama. Ada yang cakap Mama perosak periuk nasi orang lain sebab di kawasan flat itu sudah ada seorang tukang jahit. Panas telinga saya dan Mama. Ada juga yang cakap Mama menggoda suami orang lain. Saya sedih bila tengok Mama dicaci orang lain. Kenapa manusia yang berhati busuk wujud di dunia ni? Sekarang, walaupun kadang-kadang masih ada manusia yang busuk hati dan berhasad dengki, hidup saya dan Mama telah berubah. Hidup kami tak sesusah ketika kami mula-mula berpindah. Kenapa saya pindah? Emm ... belum tiba masanya untuk saya beritahu Encik Diary. Nanti saya ceritakan. Oh ya, sekejap lagi saya akan jemput Med untuk tidur di rumah. Med ada lab setiap pagi Jumaat. Esok hari lahir Mama yang ke-46. Med berjanji untuk tolong saya membuat kek pelangi. Med pandai masak, Encik Diary. Saya tak faham macam mana masakan Med boleh jadi sedap sedangkan dia, bak kata Med sendiri, cuma mencampak bahan-bahan masakan seperti garam, asam dan serbuk perasa. Sebenarnya, lepas saya kenal Med barulah saya berminat untuk memasak. Kalau saya tak kenal Med, agaknya nak goreng bihun pun saya tak mampu. Hihi. Encik Diary tau saya ni hantu kuey teow kan? Itu antara masakan yang saya masak, tapi tak pernah sedap di tekak saya. Saya dah cuba macam-macam resepi. Ada yang letak sos ikan, minyak bijan, kicap manis, kicap pekat, kicap masin. Semuanya saya dah cuba tapi masih tak sedap walaupun Mama dan Med kata sedap. Tension! Emm ... nak cakap pasal apa lagi ya? Ada satu perkara yang Encik Diary patut tahu tentang saya. Saya ni pembaca komik tegar. Eh? Encik Diary dah tau? Haha. Ye, saya rasa Encik Diary patut tahu sebab tu saya beritahu lagi sekali. Saya mula baca komik sejak dari sekolah rendah. Kalau kawan-kawan saya yang lain kumpul duit untuk beli mainan atau aksesori yang comel, saya simpan duit untuk beli komik. Saya minat sangat komik One Piece, Detektif Conan, Kindaichi, Shin Chan, Doraemon, Slam Dunk ... Semuanya saya minat. Dulu saya ada koleksi semua komik bersiri ni tau. Tapi saya tak tahu apa jadi dengan koleksi saya. Koleksi komik saya agaknya dah mencecah 250 atau 300 buah komik atau mungkin lebih. Kagum tak? Haha. Orang cakap, membaca komik ni, membuang masa. Ada juga yang cakap komik ni rubbish. Ish ish. Kejam. Siapalah yang buat kenyataan seperti itu? Tak baik tau orang yang cakap macam tu. Setiap karya komik tu hasil kerja keras pelukis komik. Mana boleh sewenang-wenangnya cakap usaha orang sebagai sampah? Tak patut. Saya rasa membaca komik ni banyak faedah. Hee. Mesti banyak orang yang tak setuju. Tapi bagi saya, komik ni bukan semata-mata lawak atau keganasan atau apa-apa lah. Ada banyak pengajaran dan ilmu yang diselitkan dalam komik. Contohnya, saya selalu terkena renjatan elektrik statik. Ketika di Kuliyyah, hamper setiap kali saya mahu refill air dari water cooler ke dalam botol, saya mesti terkena renjatan elektrik statik. Buzz. Terkejut saya. Dalam komik Detektif Conan, fail kes nombor 636, ada menjelaskan bagaimana elektrik statik terhasil dan cara untuk menyahcas elektrik statik tu. Nak tau macam mana? Sebelum kita sentuh peralatan besi seperti tombol pintu, troli atau pintu kereta sentuh dinding atau lantai selama 10 saat. Cas elektrik static yang terkumpul pada badan kita akan disalurkan ke bumi. Komik bukan semata-mata imaginasi tapi ada research di sebaliknya. Cewah. Saya banyak melalut, kan? Saya bosan sebenarnya. Walaupun saya memang selalu bersendirian, tapi ada masanya saya terasa sunyi dan bosan. Med selalu berbalas mesej dengan salah seorang course mate nya. Tapi saya? Hmm ... saya tak rapat langsung dengan course mate saya. Saya ni lone ranger. Encik Diary tau apa itu lone ranger? Emm ... Macam mana nak cakap ya? Tak macam sister lain, saya selalu berjalan bersendirian ke kelas dan ke mana-mana je la. Macam tu la kiranya. Course mate Med tu cute, Encik Diary. Saya tahu Med suka dia tapi ada sesuatu tentang brother tu yang membuatkan Med agak curiga. Untuk pengetahuan Encik Diary, di IIUM, kami panggil pelajar lelaki sebagai brother manakala pelajar perempuan, sister. Unik tak? Okay, sambung balik. Brother Fizrin, kata Med dan pada pandangan saya, macam ada menyembunyikan sesuatu. Tapi Brother Fizrin menafikan. Saya pun tak faham ... Tapi kan Encik Diary ... Med ni ada naluri atau sixth sense yang kuat tau. Kadang-kadang perasaan Med sebenarnya macam petunjuk kepada suatu perkara. Spooky. Hihi. Eh, dah lewat! Saya pergi jemput Med dulu! Bye bye.

0 comments:

Post a Comment