Sunday, January 13, 2013
ENTRY 12
Ahad 22:12:49
Dear Encik Diary,
Sometimes important event comes when you least expecting it. Betul, kan? Macam-macam perkara boleh berlaku dan di Peer Tutoring Camp, perkara yang sangat mengujakan telah berlaku. Hihi. Okay, mari saya ceritakan satu persatu. Saya excited ni!
Okay, hari Jumaat lepas, pada pukul 9.30 pagi, saya dan beberapa orang GC SLEU bertolak ke Ulu Yam menaiki bas mini. Bukan bas mini yang berwarna pink tu tau Encik Diary. Bas mini IIUM ni ialah sebuah bas yang kecil yang menampung kira-kira 20 orang sahaja. Pagi itu, hanya 8 orang sahaja yang perlu tiba awal untuk menyediakan peralatan yang kami bawa. Apa yang kami bawa? Macam-macam. Laptop, PA system, peralatan untuk permainan yang kami rancang, alat tulis, kertas selain daripada barang peribadi kami. Lenguh jugalah badan saya mengangkut barang berulang-ulang kali sebab dewan agak jauh dari kawasan parking.
Selepas siap setup peralatan, brother GC pulang semula ke IIUM untuk mengerjakan solat Jumaat dan kembali ke Laman Nur Bestari bersama para peserta yang terpilih. Saya tak tahu macam mana para peserta dipilih sebenarnya. Dulu sewaktu saya mula belajar di IIUM, sewaktu Taaruf Week, saya lihat nama saya termasuk antara nama yang terpilih untuk menyertai Iflah Camp yang waktu itu diadakan di Golden Straits Villa, Port Dickson. Kami tidur di apartment yang saya rasakan agak mewah. Hotel itu betul-betul berhadapan dengan pantai. Cantik sangat tempatnya.
Okay, kembali ke cerita asal. Sewaktu menunggu ketibaan peserta, saya dan beberapa orang sister GC yang lain berehat sebab a long and tiring days await us. Kami sempat membeli aiskrim dan sewaktu makan aiskrim (yang rasanya sangat sedap ketika itu), kami ternampak brother Wahab yang merupakan Director untuk camp kali ini.
Sebagai GC yang bertanggungjawab untuk catering untuk sisters, selepas sesi pendaftaran, saya menyerahkan makanan tengahari kepada peserta perempuan manakala brother Uson, pelajar dari Kazakhstan bertanggungjawab menguruskan makanan pelajar lelaki. Sesi ice breaking bermula dengan … uhmm … agak baik. Haha. Sebab saya menjadi bidan terjun … tiba-tiba saja saya menjadi MC untuk sesi ice breaking. Hihi. Tak malu betul, puji diri sendiri. Anyway, waktu tu saya masih tak perasan …
Pada pukul 5.30 petang, saya dan brother Uson ke kantin untuk memastikan makanan sudah disediakan sebelum peserta dibenarkan untuk makan. Sementara menunggu para peserta, saya dan brother Uson berbual. Brother Uson ada seorang kembar yang bernama Asan. Sebutan nama mereka dalam bahasa Melayu ialah Hasan dan Husin. Pasangan kembar yang comel.
Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Saya dan brother Uson membantu peserta mengambil lauk bagi memastikan makanan cukup untuk para peserta dan GC. Dan ketika itulah … seseorang berdiri di hadapan saya, dengan sebuah pinggan di tangan. Ada senyuman di bibirnya. Saya terus tunduk lalu menceduk kuah kari dan seketul ayam ke dalam pinggannya. Encik Diary … Encik Kacak is one of the participants! Oh God why …
Hari pertama berlalu dengan lancar. Selepas sesi post-mortem, barulah terbongkar rahsia yang sebenarnya bukanlah rahsia. Encik Kacak sebenarnya sudah lama menjadi tutor di SLEU dan kerap menyertai program yang diadakan oleh SLEU. Tapi cuma kali ini our path crosses each other. Hihihi. Nama Encik Kacak ialah Afeef Al-Baihaqi dan tekaan saya tepat. Encik Kacak ialah seorang pelajar AIKOL.
Sepanjang camp, saya perhatikan Encik Kacak … emm … perlu ke saya panggil dia Afeef Al-Baihaqi atau teruskan dengan nama Encik Kacak? Biar saya fikirkan kemudian. Sepanjang camp, Encik Kacak aktif orangnya. Dia cuba untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang diadakan. Encik Kacak juga cuba untuk menyapa saya. Maksud saya, dia kan sudah dikenali dan mengenali GC yang lain. Hanya saya saja yang tak pernah dikenalinya sebab tidak seperti GC yang lain, saya hanya menyertai camp. Brother Asan dan Uson banyak menyertai aktiviti lain.
Pada petang hari kedua, kami mengadakan aktiviti treasure hunt sebagai aktiviti luar dan saya ditugaskan untuk menjadi salah seorang penjaga check point. Apabila kumpulan Encik Kacak tiba di check point saya, secara jujurnya, saya jadi kaku. Kebetulan pula, Ariff, pelajar dari Indonesia, yang ditugaskan menjadi photographer berada bersama. Ariff sibuk merakam video dan menangkap gambar. Pada satu ketika, yang saya tidak sedar, Ariff memandang saya. Dia senyum lalu menangkap gambar saya. Saya tak tahulah bagaimana reaksi saya di dalam gambar itu nanti. Tidak lama selepas itu saya terdengar seseorang ketawa. Saya berpaling dan … Encik Kacak ada berdekatan dengan saya. Something had happened …
Malam itu, selepas supper, saya dan brother Uson sedang mengemas peralatan di kantin. Tidak lama kemudian, seseorang datang dan seseorang itu ialah Encik Kacak. Dia menegur Uson dengan ramah dan senyum pada saya. Saya? Saya kan expert dalam membuat poker face … Haha. Tak adalah. Sebagai GC yang berdedikasi, mestilah saya senyum dan menyapa Encik Kacak. Dia memang peramah. At least, itu first impression yang dia berikan kepada saya.
Jadi kami bertiga berjalan beriringan pulang ke bilik kami. Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba brother Uson memanggil kami dengan suara yang excited. “Hey, what’s that? What’s that?” Dia menunjuk ke kawasan pokok buluh di sepanjang kanan kami. Honestly, masa tu saya seram sejuk. Encik Diary faham ajelah … Ulu Yam kan, kata orang, kawasan yang keras. Mama pun banyak berpesan kepada saya supaya jaga tingkah laku. Yep, mungkin saya ni agak primitif dari segi pemikiran. Haha.
Encik Diary tau apa yang Uson nampak? Kelip-kelip. Cantik sangat Encik Diary. Seumur hidup saya, saya tak pernah nampak kelip-kelip. Itu membuatkan saya terfikir alangkah indahnya makhluk ciptaan ALLAH dan indahnya saat itu kerana dapat saya kongsi bersama seseorang … Okay, the last part was a little bit … euwhh … Haha. Tapi saya … gembira, Encik Diary. Saya dapat tengok kelip-kelip dan saya dapat tengok kelip-kelip bersama Encik Kacak! Saya sedar yang saya tersenyum sewaktu melihat kelip-kelip itu dan saya sempat, sneakily, melihat Encik Kacak yang sedang memerhatikan kelip-kelip dan saya lihat dia tersenyum …
Dah lama saya tak menaruh perasaan terhadap seseorang. Secara automatiknya dah lama saya tak berasa gembira dengan hanya dapat melihat wajah seseorang itu. Am I in love? Emm … I don’t know the answer yet. Not yet … It is way too early to make such statement … Hmm … Hmm …
Anyway, pada pagi hari Ahad sebelum kami bertolak pulang ke IIUM, Ariff telah menyiapkan video untuk menjadi tontonan kami. Encik Diary ingat tak sewaktu game treasure hunt, Ariff ada mengambil gambar saya, kan? Waktu itu, Ariff senyum, kan? It turned out that Encik Kacak … adoi … macam mana nak cakap? Dia buat gaya ‘kacak’ di belakang saya. Dalam gambar tu hanya ada saya dan Encik Kacak. Sewaktu gambar tu ditayangkan, kebanyakan peserta bersorak. Maklumlah, dalam camp kali ini, saya agak dikenali. Kenapa? Sebab saya yang bertanggungjawab menyediakan makanan. Huahuahua. Evil laugh.
Tata Encik Diary! Tonight I shall dream of the moments that I and Mr Handsome have shared together. Hoyeh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment