Sunday, January 13, 2013
ENTRY 11
Khamis 23:12:09
Dear Encik Diary,
Sejak peristiwa di Pulau Pinang, saya cuba untuk menjarakkan lagi diri saya daripada Ahmad Ghazali and the gang. Mesti mereka ingat saya sombong, kan? Kalau kes saya ni dibicarakan, apa counter argument saya untuk menolak kenyataan bahawa saya ini sombong? Hmm ... Satu perkara yang pasti ialah saya memang tak dapat ‘masuk’ ke dalam Ahmad Ghazali and the gang. Ahmad Ghazali and the gang ... Mereka tidak social. Mereka peramah, despite the fact that they are from super rich families. Mereka tak macam yang watak orang kaya saya tonton di televisyen. Sombong, berlagak, memandang rendah kepada orang lain ...
Ahmad Ghazali and the gang, walaupun mempunyai kereta mewah, kata Med, mereka tidak menaiki kereta ke kelas. Mungkin kerana masalah parking. Selain itu, Ahmad Ghazali and the gang tidak berlagak mahu makan makanan yang mahal. Tanpa segan silu, mereka makan di cafeteria KAED. Saya dan Med juga pernah makan bersama mereka di coffee shop di Kuliyyah of Engineering. Perbualan mereka juga sama dengan perbualan saya dan Med. In the end, mereka juga manusia biasa, seperti orang kebanyakan. Haha. Macam la diorang tu golongan bangsawan. Walaupun mereka tidak cuba untuk menyembunyikan hakikat yang mereka sememangnya kaya, tapi sekurang-kurangnya mereka tak menolak untuk berkawan dengan Med ... dan saya.
Oh ya, saya dah bayar balik duit Ahmad Ghazali. Haish ... Segannya saya nak bercakap dengan Ahmad Ghazali, ALLAH saja yang tahu. Saya ada terfikir untuk minta tolong Med tapi saya pasti Med akan menolak. Lagipun ini perkara antara saya dan Ahmad Ghazali, kan? Ahmad Ghazali tak mahu terima wang saya, Encik Diary. Tapi saya terus letakkan di atas mejanya dan tidak ambil peduli lagi.
Jadi, apa topik kita hari ini? Haa ... hujung minggu ni saya akan menyertai Peer Tutoring Camp di Laman Nur Bestari Resort, Ulu Yam. Camp ini dianjurkan oleh Student Learning Enhancement Unit (SLEU) untuk melatih tutor bagi menjadi tutor yang lebih baik. SLEU, seperti namanya, ialah satu unit di IIUM untuk membantu pelajar. Pelbagai program dianjurkan, bukan sahaja untuk tujuan motivasi, seperti kursus bahasa, kelas tutorial berbayar dan sebagainya. Saya sudah menerima surat lantikan untuk menjadi Group Coordinator buat kali kedua.
Sebenarnya, ini adalah salah satu program yang saya ikuti di IIUM. Tidak seperti Med, saya tidak banyak menyertai program. Kenapa? Encik Diary rasa kenapa? Ya ... Sebab saya sangat malas. Hihi. Semalam saya sudah menghadiri mesyuarat bersama Camp Coordinator dan Group Coordinator yang lain. Ceh, bunyi macam hebat je kan ... Haha. Group Coordinator, atau dipanggil sebagai GC, sebenarnya sama saja dengan ahli jawatankuasa bagi program. Bezanya, tugas GC tidak tetap. Walaupun setiap GC dipertanggungjawabkan dengan satu biro, seperti Ibadah & Discipline, Preparation & Technical ... Tapi setiap GC perlu hadir untuk membuat persiapan sebelum ke tempat camp diadakan.
Apa persiapan yang dibuat? Macam-macam jugalah. Biro Prep&Tech bertanggungjawab untuk memastikan semua peralatan yang diperlukan cukup dan berfungsi dengan baik. Tapi tugas seorang GC tidak tertakluk kepada tugas yang disenaraikan. Contohnya, walaupun kali ni saya diberikan tugas untuk bagi Catering, saya diminta untuk mengendalikan sesi Ice-breaking dan game untuk outdoor activities.
Encik Diary pernah main Human Bingo? Game ni sama je macam Bingo. Bezanya, dalam game ni peserta perlu mendapatkan tandatangan GC yang menjadi jawapan kepada klu di dalam setiap petak. Objektif permainan ni? Mestilah untuk merapatkan hubungan antara GC dan peserta. Camp yang diadakan oleh SLEU berbeza daripada camp lain, tau ... Bilangan peserta dan GC yang terhad membuatkan kami tidak berasa kekok dan mesra antara satu sama lain...
Encik Diary mesti fikir macam mana saya boleh mesra dengan participant, kan? Eee ... Encik Diary ni keji la. Saje je kan ... Huhu. Emm ... Saya ni ... Hipokrit orangnya, kan? Haha. Kalau keadaan memerlukan saya untuk menjadi friendly, saya boleh jadi friendly ... Tapi saya memang friendly, kan Encik Diary?
Saya rasa tak sabar untuk ke Ulu Yam hari Jumaat ini. Walaupun saya sebenarnya tak suka untuk menggalas tugas (waaaaa ...) untuk mengendalikan makanan dan minuman peserta, tapi tak apalah. Buatlah yang terbaik.
Oh ya. Tadi saya cakap saya akan mengendalikan sesi game untuk outdoor activities kan? Kali ini, seperti camp yang sebelum-sebelum ini juga, kami akan mengadakan treasure hunt. Di setiap check point, setiap kumpulan perlu melakukan satu task. Saya akan menjaga satu task yang dinamakan Fashion Show. Mulanya game ini dinamakan Bride & Groom tetapi nama ini ditolak oleh Camp Coordinator. Dalam task ini, setiap kumpulan perlu memilih seorang brother dan seorang sister untuk menjadi wakil kumpulan. Dengan menggunakan surat khabar dan pita pelekat, mereka perlu mereka pakaian pengantin untuk wakil yang telah mereka pilih. Lame, kan? Tapi saya suka ... Dan saya harap participant pun akan suka akan game ini ... Aminnnn ....
Kejap ... Saya rasa ada perkara penting yang saya perlu beritahu Encik Diary. Apa ya ... Haaa! Encik Diary ingat lagi dengan Encik Kacak? Tadi saya ternampak Encik Kacak di SLEU ... Waktu itu saya berada di kaunter, berbincang tentang makanan untuk peserta dengan Kak Hasna, seorang staff di SLEU. Tak lama kemudian, saya terdengar bunyi pintu kaca dibuka dan ... Sumpah saya terkedu, Encik Diary. Saya rasa degupan jantung saya terhenti sesaat. Dan saya rasa, buat pertama kalinya, Encik Kacak sedar akan kewujudan diri saya di dunia ini. Encik Kacak pandang saya. Sesaat mata saya dan Encik Kacak bertembung kemudian saya terus memandang Kak Hasna yang sedang menjawab panggilan telefon.
Perasaan saya waktu itu ... Kalau soalan yang Encik Diary tanya ini soalan exam, saya akan tersenyum dan ketawa sendiri. Kenapa? Sebab saya tau .. I’m so dead! Saya tak tahu jawapannya. Yang saya tahu, dada saya berdebar-debar. Dan saya rasa ... Kalau pandangan mata saya tak silap, senbelum saya melarikan pandangan daripada mata Encik Kacak, saya rasa saya ternampak Encik Kacak senyum ... Mungkin pada saya. Haha. Perasan!
Okaylah Encik Diary. Malam ni saya mewajibkan diri saya untuk tidur awal. Pukul 10 pagi esok saya akan bertolak ke Ulu Yam bersama beberapa orang GC untuk set up semua peralatan. Barang-barang saya sudah dimasukkan ke dalam beg.
Jumpa lagi hari Ahad nanti, Encik Diary! Saya harap ada peristiwa menarik untuk dikongsikan dengan Encik Diary semasa camp nanti ... Tata!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment