Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 10

Isnin 22:45:01 Dear Encik Diary, Saya angau lagi. Setiap kali saya teringat drama Korea yang saya tonton, saya terbayang, adakah Encik Kacak se’childish’ Rain dan seromantik hero My Girl, Lee Dong Wook. Kalau begitulah Encik Kacak orangnya, alangkah bahagianya ...Saya akan defy gravity law. Tapi saya cuma mampu mengeluh ... Mana mungkin saya dapat orang sebegitu, kan? Dream and keep on dreaming ... Bak kata ayat motivasi yang pernah saya terima dulu ... Loving someone is like watching a star in the middle of darkness of night. Keep watching because stars can fall, rite ... Haha. Dulu saya sangat suka ayat itu. Saya ingat lagi. Dulu saya tulis ni halaman pertama buku teks Sejarah tingkatan 4. Setiap kali saya tengok buku Sejarah itu, saya akan tersenyum. Ada kisah di sebalik buku Sejarah itu. Memang padan dengan buku tu. Buku tu memang bersejarah. Hihi. Bintang memang akan jatuh ... Tapi kalau bintang tu jatuh hanya untuk menyebabkan kerosakan dan kemusnahan, lebih baik bintang itu kekal di tempatnya, kan? Encik Diary setuju, tak? Dulu saya percayakan ayat yang entah siapa yang merekanya ... Tapi sekarang? Saya rasa, walaupun saya tak cukup matang dan masih sedikit kebudak-budakan dari segi pemikiran, saya masih dapat membezakan fakta dan rekaan. Hari ni saya nak bercerita tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Encik Diary ingat tak saya beritahu sepupu Med nak berkahwin? Med mahu saya turut serta tapi selepas berfikir masak-masak, saya tak nak tinggalkan Mama bersendirian walaupun hanya untuk empat hari. Mama suruh saya ikut Med tapi saya berkeras dengan keputusan saya. Med bersetuju tapi Med tetap mahu saya datang ke majlis perkahwinan sepupu Med iaitu pada hari Ahad. Med kata, saya tak perlu risau tentang pengangkutan untuk ke Pulau Pinang. Med sudah menjemput kawannya dan saya hanya perlu ikut bersama. Encik Diary rasa siapa kawan Med tu? Ya, saya ingatkan orang tu ialah Fizrin tapi... Saya tak faham ... Dalam banyak-banyak orang, kenapa Ahmad Ghazali and the gang? Puas saya tanyakan siapa kawan Med tapi Med tak mahu beritahu. Med hanya suruh saya datang ke IIUM pada pukul lapan pagi dan tunggu di perhentian bas Mahallah Maryam. Saya ikut kata-kata Med walaupun saya memberontak. Saya tiba di IIUM pada pukul 7.50 pagi. Seperti kata Med, saya perlu menunggu di perhentian bas di Mahallah Maryam. Tak lama kemudian, sebuah kereta Audi R8 berwarna kuning membuat U-turn dan berhenti di hadapan saya. Kemudian, Ahmad Ghazali keluar dari kereta mewah (yang saya rasa saya takkan mampu untuk miliki dalam hidup saya). Saat itu, hati saya terus berkata “Okay, dia memang sangat kaya.” Kemudian Ahmad Ghazali senyum. Encik Diary boleh bayangkan perasaan saya? Buat pertama kalinya, saya tak boleh buat poker face sebab saya memang terkejut. Saya pandang ke arah dua orang sister yang berada di hadapan saya dan mereka juga memandang ke arah saya. Saya terus tunduk ke lantai dan memandang tempat lain. Dalam hati saya mula resah. “Takkanlah Med jemput dia ...” Hati saya mula berdebar laju, atas sebab yang saya tak faham. “Hai Zue.” Ahmad Ghazali menyapa. Mendengar suara Ahmad Ghazali menyebut nama saya, tiba-tiba saya berharap yang nama saya bukanlah Zue. “Jomlah, kita gerak sekarang.” Suara Ahmad Ghazali kedengaran lagi. Saya tegakkan bahu lalu pandang Ahmad Ghazali. Saya memandang ke arah kereta Ahmad Ghazali. Nampaknya tak ada orang lain di dalamnya. “Yang lain naik kereta Jerry. Diorang tunggu di Main Gate.” Ahmad Ghazali memberitahu, seakan tahu apa yang bermain di fikiran saya. Dengan perasaan tidak rela dan menyumpah seranah Med, saya bangun menuju ke arah kereta Ahmad Ghazali. Encik Diary tahu apa dia buat? Yep, dia bukakan pintu kereta untuk saya. Saya tak tahu mana saya nak letak muka saya. Segan gilerrrr ... Sewaktu kereta Audi Ahmad Ghazali mula meluncur, saya nampak dua orang sister yang berada di perhentian bas itu senyum dan seakan berbisik sesuatu. Oh tidak ... My reputation ... heh! Di Main Gate, saya lihat ada sebuah kereta Mazda RX5 berwarna merah sedang berhenti di bahu jalan. Ahmad Ghazali menekan hon sekali. Sebaik saja melintasi kereta itu, saya lihat Jerry, Taufik dan Paan sedang melambaikan tangan. Saya terus memandang ke bawah. Kenapa Med buat macam ni ... Dan 4 jam seterusnya ialah jangka masa yang paling panjang dan tidak menyelesakan sepanjang hidup saya. Berdua di dalam kereta selama lebih empat jam dengan Ahmad Ghazali ... Satu perasaan yang ... adoi ... tak tahulah nak cakap macam mana. Ahmad Ghazali cuba untuk berbual. Macam-macam dia tanyakan pada saya. Dia tanya saya tinggal di mana, dengan siapa, kenapa study di IIUM dan etc. etc. etc. . Dia pun banyak bercerita walaupun saya tak tanya satu perkara tentang dia. 10 patah perkataan yang Ahmad Ghazali tanyakan, hanya dua atau tiga atau satu patah perkataan saja jawapan saya. Saya tak tahu macam mana nak respon pada Ahmad Ghazali. Saya kaku macam batu. Ini kali pertama saya bercakap secara langsung dengan Ahmad Ghazali. Selama ini jika ada sesuatu yang Ahmad Ghazali ingin tahu, Med yang akan menjawab bagi pihak saya sebab Ahmad Ghazali tak pernah bertanya secara langsung dengan saya. Ahmad Ghazali akan bertanya “Med, The Awek tengah buat apa?”, “Med, The Awek dah makan?” ... Setengah jam selepas bertolak dari IIUM, badan saya terasa sejuk dan badan saya mula tidak selesa. Bintik-bintik peluh mula menitik di dahi saya. Untuk pengetahuan Encik Diary, saya ni mabuk kereta. Mengikut kata Syeikh Wikipedia, car sickness atau motion sickness atau kinetosis, ialah a condition in which a disagreement exists between visually perceived movement and the vestibular system's sense of movement. Faham? Dalam kes saya, motion is sensed by the vestibular system of the inner ear and hence the motion is felt, but no motion or little motion is detected by the visual system. The eyes mostly see the interior of the car which is motionless while the vestibular system of the inner ear senses motion as the vehicle goes around corners or over hills and even small bumps. Therefore the effect is worst when looking down but may be lessened by looking outside of the vehicle. This helps to re-orient the inner sense of balance by providing a visual reaffirmation of motion. Saya tak tahu macam mana nak translate dalam bahasa Melayu. Hee. Maaf ya. Oleh sebab itu, saya tak dapat membaca di dalam kereta. Setiap kali saya mabuk kereta, saya akan cari satu posisi yang menyelesakan dan menikmati pemandangan. Bercakap di dalam kereta pun kadang-kadang akan menyebabkan saya pening. Bukan saja di kereta tetapi di train yang merangkumi LRT, KTM, Monorail, Star LRT … Ahmad Ghazali menyedari peluh di dahi saya. “Zue sejuk ke?” Ahmad Ghazali bertanya. Saya pandang Ahmad Ghazali dengan perasaan serba salah. Wajahnya berubah. “Zue tak sihat ke?” Ahmad Ghazali bertanya lagi. Saya rasa malu sangat waktu tu … Saya tak nak Ahmad Ghazali nampak ‘kelemahan’ saya. “Emm ... Saya minta maaf, saya mabuk kereta. Saya tak boleh bercakap banyak dalam kereta. Nanti saya rasa mual.” Saya memberitahu. Saya terlupa untuk membeli gula-gula sebab mengunyah atau makan di dalam kereta boleh mengurangkan kesan pergerakan yang dirasai oleh sistem vestibular. Ahmad Ghazali senyum. “Zue ambil beg plastic di belakang. Ada gula-gula dalam tu.” Kalau diikutkan hati, saya tak mahu ambil. Encik Diary jangan salah faham. Saya bukan ego, berlagak atau insensitive. Saya jenis yang akan menolak pemberian orang lain. Kenapa? Sebab saya tak nak membiasakan diri untuk menerima saja pemberian orang, apatah lagi untuk meminta-minta. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Saya bukan menolak rezeki tapi ... Mama ajar, jangan biasakan diri. Dan dalam situasi saya terpaksa menerima pemberian orang, saya akan cuba untuk membalasnya. Dalam keadaan seperti ini, saya terpaksa ambil. Saya tak mahu ambil risiko untuk muntah di dalam kereta. Sebaik saja tiba di rumah sepupu Med, saya terus menjadi ekor Med. Ke mana saja Med pergi, saya akan ikut. Saya tak mahu dibiarkan bersama dengan Ahmad Ghazali and the gang dan saya tak mahu berada dekat dengan Ahmad Ghazali. Cukuplah saya dan Ahmad Ghazali menjadi perhatian tetamu yang hadir. Kenapa? Sebab Ahmad Ghazali buka pintu kereta untuk saya lagi! Malu tau ... Jerry yang memang suka menyakat tidak habis-habis bersiul dan ketawa. Saya tak faham kenapa Ahmad Ghazali membuka pintu kereta untuk saya. Agaknya dia takut saya buka pintu kereta dengan kuat tak? Kereta Audi milik dia kan sangat mahal ... Tapi tak perlulah sampai perlu bukakan pintu untuk saya. Apa kata orang nanti? Kenapa saya perlu terima layanan ‘istimewa’ begitu? Huh! Kira-kira pukul empat petang, kami bertolak pulang. Kali ini, saya dan Med menaiki kereta Jerry. Taufik dan Paan pula menaiki kereta Ahmad Ghazali. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R untuk mengisi minyak kereta. Med dan Jerry keluar dari kereta, meninggalkan saya yang mula berasa mual. Tidak lama kemudian, seseorang mengetuk cermin kereta. Ahmad Ghazali menyuruh saya menurunkan cermin kereta. “Zue mabuk lagi?” Ahmad Ghazali bertanya. Saya tergamam dengan soalannya. Tiba-tiba saya tersedar yang saya terlupa untuk membeli gula-gula. Tapi belum sempat saya keluar, Ahmad Ghazali menunjukkan sebuah beg plastik lalu menyerahkannya kepada saya. Encik Diary tahu apa di dalamnya? Ada gula-gula Torrone, Chupa Chups, Mentos, Polo, coklat Vochelle, kacang, kuaci dan keropok Twisties. Dan belum sempat saya nak berikan wang, Ahmad Ghazali sudah masuk ke dalam keretanya, meninggalkan saya termangu sendirian ... Dan sekarang, saya tak mahu fikir tentang apa yang sudah terjadi. Esok saya akan berikan wang kepada Ahmad Ghazali untuk makanan yang dia belikan. Saya sangat penat dan saya mahu berehat. Selamat malam, Encik Diary!

0 comments:

Post a Comment