Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 5

Sabtu 23:45:01 Dear Encik Diary, Hari ni hari lahir Mama. Saya nak bagi ucapan kat Mama sekejap. “Happy birthday, Mama! Zue doakan Mama bahagia dan gembira selalu. Semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup Mama dan sentiasa melindungi Mama. Terima kasih sebab jaga Zue selama ni. Zue sayang Mama dan Zue minta maaf sebab Zue tak dapat sebutkan kata-kata ini di depan Mama.” Hmm ... saya ni pathetic, kan? Dengan ibu sendiri pun tak boleh nak berkomunikasi. Tak pun saya ni sebenarnya memang tak ada communication skill langsung. Haha. Logic. Tapi saya rasa saya ni tak la teruk sangat bila bercakap dengan orang. Kalau tak macam mana Ika, Sha dan Farah sudi berkawan dengan saya dari Darjah 1 sampai Form 5? Uh? Tak tau la. Yang penting saya tak boleh cakap yang saya sayang Mama personally. Pembetulan. Sila padam semula nama Ika dari senarai kawan saya tadi. Okay, sambung semula ... Alaa ... action speaks louder kan? Betul tak? Walaupun saya tak cakap, Mama mesti tahu yang saya sayang dia, kan? Encik Diary nak tau apa saya buat untuk Mama? Hihi. Nak berlagak kejap. Hari ni saya masak nasi pelangi, ayam madu, sayur acar, egg pudding, dan air tembikai laici. Superb! Eh, ada kek jugak. Hihi. Pukul lima petang, saya jemput Mama dari tempat kerja dan terus sambut hari lahir Mama. Saya tengok Mama senyum gembira. Saya harap Mama gembira sebab saya gembira. Sejak berpindah ke sini, ini baru kali pertama saya menyambut birthday Mama. Sebelum tu, saya dan Mama macam ada silent agreement untuk tak meraikan hari lahir kami berdua. I dunno why ... Maybe because it will bring back the memories ... Med pun ada petang tadi. Encik Diary nak tau? Sekarang ni, unofficially, Med adalah ‘kakak’ saya. Hihi. Mama pesan kat Med supaya jaga saya. Saya dan Med berpandangan dan ketawa besar. Pelik. Walaupun Mama tak bagitau, tapi saya dan Med memang ... emmm ... watch each other’s back. Med jaga saya, saya jaga Med. Sebab saya dan Med adalah kawan. Hmm ... Tapi bila Mama pesan macam tu ... Terasa macam saya kena jadi lebih bertanggungjawab. Kiranya, bak kata Mama, sekarang Mama amanahkan kepada Med untuk jaga saya. Mama ni sesuka hati dia je kan? Mau nya Med tak setuju nak jaga saya, macam mana? Kan dah menyusahkan Med ... Hmmm ... Tapi saya rasa gembira sangat bila Med setuju dengan cadangan Mama. Saya harap Med tak berpura-pura di depan saya dan Mama. Kalau betul Med ikhlas, bermakna saya tak lagi sendirian. Med ada untuk ‘jaga’ saya. Hadiah untuk Mama? Saya tak beli pun, Encik Diary. Saya tak tahu nak belikan apa untuk Mama. Saya tahu sesuatu yang Mama suka. Mama suka gelang tangan emas. Bukan emas kuning tapi emas putih. Aish. Kalau emas kuning, walaupun saya dan Mama tak suka, mampu jugalah kalau saya nak beli. Tapi yang kecil je la. Kalau yang besar, uhh ... tercekik kejap. Jadi saya memang tak mampu nak belikan Mama gelang emas putih. Bila saya dah bekerja nanti saya akan belikan untuk Mama. Lagi satu, saya nak mengerjakan umrah bersama Mama. Tak sabarnya ...!  Dah berapa kali saya ulang statement ni? Oh ya. Med ajak saya ikut dia ke Pulau Pinang. Sepupu Med akan berkahwin bulan depan. Med kata dia akan jadi pengapit. Tapi saya tak pasti saya akan ikut atau tak. Saya tak sebenarnya tak minat langsung untuk hadiri majlis perkahwinan orang yang saya tak berapa kenal. Hee. Mama dah bagi green light tapi saya masih lagi di lampu kuning. Tengoklah macam mana nanti. Kalau Med jadi pengapit, mestilah Med busy, kan? Habis tu saya nak buat apa? Saya tak pernah terlibat dalam kenduri kahwin. Tapi kan ... Bila fikir balik, saya dah lama tak pergi holiday. Rasanya dah 7 tahun. Kali terakhir saya bercuti, kalau tak silap saya, sewaktu saya belajar di Tingkatan 3. Saya dan keluarga bercuti ke Genting Highlands. Actually, kalau setakat pergi Genting, itu bukanlah holiday namanya, kan? Dulu Genting merupakan destinasi percutian yang kita boleh pergi sekali sekala. Tapi sekarang ni Genting dengan KL jaraknya macam Gombak ke KL. Dekat sangat dan boleh pergi setiap hari. Med ada ajak saya pergi Genting. Tapi tak tau lagi bila nak pergi. Takkanlah nak pergi berdua? Kalau ajak Mama, mesti Mama tak nak join main game. Eh kejap. Kena la bawa Mama sekali. Boleh Mama jalan-jalan. Nanti kalau orang nampak saya, Mama dan Med, mesti mereka fikir yang kami sekeluarga. Hihi. Yela, saya tak takkan ada sesiapa pun yang akan peduli dengan saya, Mama dan Med. Kacau la Encik Diary ni. Shuh. Sekarang dah masuk minggu ke-5 di kuliah. Untuk semua subjek, sudah ada dua kuiz. Yang paling susah? Programming. Saya benci Programming. Programming sudah termasuk dalam kumpulan Matematik dan Fizik. Hohoho. Tapi kalau nak bandingkan Matematik dan Fizik, Programming lagi dahsyat. Encik Diary nak tau? Belajar Programming akan menyebabkan gejala muntah, sakit kepala, pening kepala, sakit perut, extreme depression dan yang paling penting ... menyakitkan hati. Ini fakta dari Cik Zue. Haha. Saya tak boleh la Encik Diary ... Programming just wont do ... Dua minggu lagi Mid-Term Examination akan bermula. Eh? Seriously? Cepatnya! Kenapa saya tak sedar? Material Science belum study, Programming for Engineers belum study, Differential Equations and Linear Algebra belum study, Ethics and Fiqh for Everyday Life pun belum study ... Waa! Masa semakin suntuk! Sila belajar! Good luck untuk diri sendiri!

0 comments:

Post a Comment