Sunday, January 13, 2013
ENTRY 2
Isnin, 22:45:12
Dear Encik Diary,
Yeah! Baru best!
Penat. Penat. Penat. Malas. Mengantuk. Haish! Seriously! Saya rasa malas nak menulis entry untuk hari ni tapi saya patut rajin menulis dalam diari kan? Mana tau saya boleh jadi lagi berdisiplin dan teratur. Haa ... maybe ini sebenarnya sebab Mama belikan saya diari ni. Mama nak saya baiki gaya hidup saya. Huhu. Malunya. Hidup saya, untuk pengetahuan Encik Diary, is a complete, total, utter mess. Kalau Encik Diary ada mata, Encik Diary tengok la bilik saya. Macam tong sampah. Kalau tong sampah bersepah tak apalah kot. Sebab dah itu memang tong sampah. Tapi ni? Sebuah bilik. Dan yang lebih mengharukan, sebuah bilik yang didiami oleh gadis (ehem). Haha. Bersepah.
Mama selalu marah tapi tak pernah tolong saya kemas. Mama suruh saya kemaskan sendiri supaya saya bertanggungjawap dan rajin sikit. Saya bukan tak bertanggungjawab tapi saya memang pemalas sikit. Hihi. Seminggu sekali baru saya kemas bilik. Bilik yang kemas Cuma boleh bertahan dua hari je. Masuk hari ketiga, hihi. Bila dah sampai hari ke empat, saya kena sediakan telinga saya untuk syarahan panjang dari Cik Mama. Hihi. Salah satu hujah yang Mama akan ulang lagi dan lagi dan lagi ialah, kalau saya tak boleh kemas bilik sendiri di usia 22 tahun, mungkin sampai usia 42 tahun pun saya takkan boleh kemas bilik saya sendiri. Haiya. Betul ke? Saya tak rasa macam tu pun. Bagi saya, buat masa sekarang, saya tak ada apa-apa tanggungjawab yang besar untuk saya perlu kemas katil setiap hari. Haha. Okay okay, saya salah. Nantilah saya cuba rajinkan diri untuk kemas bilik setiap hari.
Untuk pengetahuan Encik Diary, saya baru balik dari kelas. Setiap hari Isnin ada kelas malam. Memang tak patut. Penat tau Encik Diary. Sepanjang hari saya kat kampus. Biasanya saya akan balik ke rumah lepas kelas Materials Engineering dan kembali ke kampus untuk kelas malam tapi petang tadi hujan lebat sangat. Biasanya saya akan redah hujan. Tapi saya risau hujan tak berhenti dan saya tak boleh datang ke kelas tutorial Mechanics of Dynamics. Kalau ikutkan hati saya yang malas, saya memang tak nak pergi kelas tutorial tapi ada kuiz setiap hari Isnin. Benci, benci! Saya benci kuiz! Siapalah yang cipta kuiz? Siapalah yang cipta Mechanics of Dynamics? Okay okay, saya tahu jawapannya. Janganlah garang sangat. Huhu. Haa ... cuba Encik Diary jawab soalan ni.
1. How does mechanics of dynamics differ from mechanics of statics?
2. What are the main features that needs to be solved in mechanics of dynamics?
3. List three forces that are in motion in engineering-related mechanism.
4. How does mechanics of dynamics course is applicable in your majoring field?
Grr ... senang kan? Memang senang bagi orang yang study. Saya? Aish. Saya tak minat. Tak minat. Tak minat. Saya sangat tak suka engineering ... Kenapa saya study engineering. Good question. Jawapannya ialah, saya tak tahu! Emm ... itulah jawapannya. Hari lainlah saya cerita. Tak nak cerita pasal engineering sekarang.
Kawan? Saya ada best friend (bagi saya, dia best friend saya. Tapi bagi dia, saya tak tau la). Nama dia Med. Nama betul? Wan Madiah. Dia student Mechatronics engineering. Saya rapat dengan dia sejak kenal di Taaruf Week. Kalau universiti lain, ada yang panggil MHS (Minggu Haluan Siswa). Alaa ... orientation week. Saya dan Med sama-sama pelajar lepasan STPM dan kami sama-sama tersangkut dalam English Placement Test (EPT) yang memaksa kami belajar Bahasa Inggeris selama satu semester sebelum menjadi pelajar Kuliyyah of Engineering. Memang sadis, Encik Diary. Saya dan Med bazirkan enam bulan untuk belajar bahasa Inggeris. Hee, saya tarik balik statement saya tu. Saya dan Med belajar bahasa Inggeris selama enam bulan dan menduduki EPT sekali lagi. Selamat la kami sama-sama lulus. Kalau tak? Bazirkan enam bulan lagi. Alhamdulillah.
Med stay di Mahallah. Mahallah tu kolej kediaman. Family Med tinggal di Pulau Pinang. Saya pulak duduk di rumah. Kiranya setiap hari saya akan berulang alik dari Pinggiran Batu Caves ke IIUM. Tak jauh pun. 15 minit je. Kalau saya bawak moto laju sikit, boleh la sampai dalam masa 12 minit. Saya dan Med cuma berjumpa pada waktu makan tengahari. Saya tetamu harian di Mahallah Maryam Blok B 3.2B. Haha. Tiap hari saya akan makan di bilik Med. Kalau Med ada kelas, saya akan merempat di library atau di masjid atau di musolla atau di kafe. Hihi. Tapi saya dan Med akan tetap berjumpa setiap hari walaupun sekejap. Kadang-kadang, kalau keadaan memerlukan, saya akan tidur di bilik Med. Tapi jarang la. Seingat saya, baru tiga kali saya tidur di bilik Med. Biasanya saya akan ajak Med tidur di rumah.
Saya dan Med tak banyak persamaan. In fact, saya dan Med sangat berbeza tapi mungkin perbezaan tu yang merapatkan kami. Saya suka kuetiaw dan tak suka mee. Tapi Med pemakan tegar mee. Hihi. Saya tak suka Matematik tapi Med genius Matematik. Saya suka warna ungu tapi Med suka warna oren dan kuning, warna yang saya tak suka. Tapi saya dan Med sama-sama suka membaca dan memasak. Dua persamaan itu dah cukup untuk merapatkan saya dan Med.
Kalau Med tidur di rumah saya, saya dan Med yang akan masak untuk Mama. Med pun suka menjahit. Dia selalu tolong Mama menjahit kalau kami tak sibuk. Oh ya, Mama bekerja di kedai kek di Sri Gombak dan ambil upah menjahit baju. Tapi saya tak pandai menjahit menggunakan mesin. Saya tak pernah belajar menjahit dengan serius. Sebab itu saya biasanya tolong Mama menjahit di bahagian leher dan lengan. Saya ada cakap saya suka menjahit manik kan? Tapi saya cuma akan jahit manik pada baju saya dan Mama. Mama suruh saya jahit manik di baju pelanggan Mama tapi saya tak nak. Kenapa? Sebab saya pemalas. Belum tentu saya dapat siapkan. Tapi kan Encik Diary, kalau saya serius menjahit manik, masyuk juga tau. Saya boleh charge sampai RM60 untuk sebelah lengan je. Tapi itu kalau saya serius la.
Apa lagi ya? Ah, time’s up! Masa untuk tidur! Kita sambung esok ye Encik Diary. Good night. Tata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment