Sunday, January 13, 2013
ENTRY 3
Khamis, 14:59:30
Dear Encik Diary,
Ahh ... finally saya boleh balik awal. Hari ni kelas cancel. Seronoknya. Seronoknya! Seronoknya! Haha. Saya dah gilerr. Saya paling gembira kalau ada kelas yang dibatalkan. The perfect moment ever. Hihi.
Dah dua hari saya tak menulis. Sorry. Saya ada kuiz dua hari ni. Tapi saya tak jawap kuiz pun. Saya menggoreng-goreng. Hihi. Okay, tak nak cakap pasal study.
Emm ... nak cerita pasal apa ye hari ni?
Cerita pasal hidup saya okay tak? Hikayat Miss Zue. Haha. Encik Diary nak tahu pasal apa? Kenapa saya study engineering walaupun saya tak minat Maths dan Physic?. Saya pun tak tahu. Seingat saya, waktu sekolah menengah dulu saya teringin sangat nak jadi lawyer. Gila gila punya teringin. Dan sangat teringin untuk belajar di IIUM. Kalau tak lawyer, jadi doktor pun okay jugak. Haha. Poyo tak? Result SPM saya, alhamdulillah, not that bad la. Cukup-cukup makan untuk apply tiga critical courses iaitu medic, law dan engineering. But then, something happened and saya lupakan hasrat saya untuk sambung pelajaran ke universiti walaupun saya dapat offer untuk sambung ke peringkat diploma di UTM.
Masa tu, Mama bantah hasrat saya habis-habisan. Mama paksa saya sambung study tapi saya tak sanggup nak biarkan Mama sendirian. Jadi saya sambung pelajaran ke tingkatan enam dan kini, di IIUM, di tempat yang saya impikan selama ni. Betullah kata orang, kalau ada rezeki, bila tiba masanya, kita akan dapat jugak. Tapi kalau itu bukan rezeki kita, sampai bila-bila pun takkan dapat. Samalah macam jodoh kan? Walaupun saya minat sangat dengan Kim Dong Woo, tapi disebabkan dia bukan jodoh saya, sampai bila-bila pun takkan dapat. Betul tak? Haha. Kalau dapat? Dalam mimpi pun takkan dapat. Huhu. Saya teringin sangat nak study di IIUM, Encik Diary. Kenapa? Macam mana nak cerita ya?
Okay ... Kisahnya begini. Pada suatu hari, hihi ... Pada suatu malam, Papa bawa saya ke IIUM buat kali pertama. Masa tu saya belajar di tingkatan empat. Bila saya nampak IIUM dari luar, dengan lampu yang menyala, saya nampak IIUM ni macam sebuah bandar yang sangat cantik. Bezanya, IIUM bukan sebuah bandar tetapi sebuah taman ilmu. Saya terbayang berapa banyak ilmu yang saya boleh peroleh di sini dan betapa tenangnya hidup di IIUM. Sweet tak? Haha. Tapi itulah asal usulnya keinginan saya tu. Pandangan sekarang tentang IIUM? Tak tenang! Tension selalu! Hihi. Tapi banyak ilmu yang saya dapat. Bukan ilmu dari buku semata-mata.
Dulu, ada seorang cikgu pernah beritahu yang IIUM ialah sebuah universiti antarabangsa yang diiktiraf bukan sahaja di negara Islam tetapi negara Barat. Kalau performance kita bagus, tak mustahil kita boleh diterima bekerja di luar negara. It sounds really cool, right? Bayangkan bekerja di luar negara ... Berapa banyak agaknya ilmu dan pengalaman yang kita boleh timba? Saya harap satu hari nanti cita-cita saya akan tercapai. Doakan saya tau! Hihi. Tapi status IIUM sebagai sebuah universiti antarabangsa sebenarnya tak menarik minat saya pun. Tak tahulah kenapa.
Saya ni semua benda pun saya tak tahu kenapa, kan? Ish ish.
Encik Diary rasa saya boleh ke sambung belajar atau kerja di luar negara satu hari nanti? Saya teringin sangat nak lihat dunia. Maksudnya, saya teringin nak hidup di tempat lain, belajar budaya orang luar, cuba untuk hidup sendiri, jauh dari orang yang kita boleh bergantung harap. Saya teringin nak berdikari. Haha. Yela yela. Saya tau la saya tak pandai kemas bilik sendiri lagi. Encik Diary ni kacau je tau. Saya baru berangan nak tinggal di Rome. Tak pun di Asia Barat. Di Mekah atau Madinah. Bila la agaknya saya nak dijemput ke sana kan ... Kalau saya boleh pergi sana satu hari nanti, saya nak pergi dengan Mama. Saya nak tunaikan haji dan umrah dengan Mama.
Dulu Mama pernah kerjakan umrah. Mama tak pernah cakap apa-apa pada saya tapi saya tahu untuk kembali ke Mekah adalah impian Mama. Saya tahu Mama rindukan Kaabah. Setiap kali ada iklan atau gambar Kaabah, Mama akan berhenti dan merenung panjang. Mungkin Mama terbayang sewaktu ada di Mekah. Maaf Mama. Sebagai anak, sepatutnya Zue bawa Mama ke sana. Tapi Zue masih belajar. Zue janji Zue akan bawa Mama ke umrah atau haji suatu hari nanti. Mama tunggu tau ... Agaknya macam mana la perasaannya berada di Tanah Suci, kan? Betapa bertuahnya manusia yang ALLAH jemput ke rumah-Nya, kan? Encik Diary nak ikut? Hihi.
Apa? Boyfriend? Apakah itu? Haha. Belum ada. Tiba-tiba je Encik Diary ni ... Cubalah tanya soalan lain. Apa kata Encik Diary tanya ciri-ciri lelaki idaman saya? Ini tak ... Asyik tanya pasal boyfriend, kahwin ... Encik Diary jangan jadi macam jiran sebelah rumah saya tau. Setiap minggu tanya saya ada boyfriend ke tak dan tanya bila saya nak kahwin. Please la ... saya baru 22 tahun. Muda lagi. Tak ‘hidup’ lagi ni. Hihi.
Mak cik jiran sebelah, bila dia datang mengumpat kat rumah, mesti asyik cerita pasal anak kelima dia. Anak kelima dia yang bekerja di kolej swasta sudah dirisik oleh seorang lelaki kaya. So? What’s that got to anything with me? Come on la ... Perlu ke mak cik tu nak emphasize point yang anak dia dilamar orang kaya? Kaya sangat ke lelaki tu? Ke parents lelaki tu yang kaya? Dan so what kalau lelaki tu kaya? Kekayaan tu janjikan kebahagiaan ke? Ke kekayaan lelaki tu akan membuatkan dia dihormati? Excuse me? Haa ... Kan tak pasal-pasal saya yang mengumpat. Alamak. Saya emotional la pulak. Saya tak suka, saya tak suka dan saya sangat tak suka bila mak cik jiran sebelah datang.
Ye, saya memang becok sebenarnya. Haha. Encik Diary dah perasan ek? Dulu saya cakap saya tak pandai luahkan perasaan, kan? Saya tak pandai luahkan pada orang. Walaupun saya dan Med rapat, ada masanya akan bina satu tembok setinggi 10 meter untuk halang Med daripada terlalu rapat dengan saya. Saya tak tau kenapa saya buat macam tu sedangkan Med sangat baik. Saya tak pernah jumpa kawan sebaik Med. Cuma Med seorang kawan saya. Med faham saya. Bila saya moody, Med tak akan tanya dan takkan cuba untuk menggembirakan saya. Saya hargai sikap Med yang sangat memahami saya.
Dulu saya tak macam ni. Dulu saya gembira dan akan berkongsi tentang segalanya, terutamanya kepada Mama. Mama tempat saya bercerita, tempat mengadu ... Mama segala-galanya pada saya. Tapi selepas kejadian tu, saya dan Mama sama-sama berubah. Saya dan Mama takkan dapat kembali kepada diri kami yang dulu. Emm ... okay, full stop. No gloomy moment please ...
Med pula jenis yang suka luahkan perasaan. Semuanya. Kalau dia gembira, dia akan ceritakan pada saya. Kalau dia marah, yang itu confirm dia akan ceritakan. Terutamanya apabila kemarahannya berpunca dari roommatenya. Encik Diary ingat tak yang saya tetamu tetap di bilik Med kan? Roommate dia tu kan Encik Diary ... Sabar je la. Oops. Da start mengumpat. Hihi. Yang penting, kalau saya jadi Med, saya pun akan selalu marah. Tak kira apa jua latar belakang kita, dari mana kita berasal, dalam jurusan apa kita belajar, kita perlu hormati orang lain. Sebab dari perasaan hormatlah akan wujud kasih sayang dan nilai murni yang lain. Yaaa ... Selamat datang ke kelas Pendidikan Sivik Cik Zue. Haha. Encik Diary setuju tak dengan pendapat saya?
Masa untuk berehat!
Tata Encik Diary.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment