Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 7

Jumaat, 00:02:59 Dear Encik Diary, Ngee ... Saya jumpa Encik Kacak lagi hari ni. Hee ... Hee ... Semalam saya nampak dia bersendirian. Hari ini dia bersama seorang kawannya dan hari ini saya terdengar suaranya! Suara lelaki sejati. Haha. Nampak sangat saya ni dah gila, kan? Saya harap saya takkan jadi stalker a.k.a. penghendap lelaki kacak. Haha. Saya ni sunyi sangat ke? Tak ... Saya ada Mama, saya ada Med dan saya ada Encik Diary. Kalau pun satu hari nanti saya tiada sesiapa di sisi saya, saya tetap ada diri saya dan saya sentiasa ada ALLAH di sisi saya. Muhasabah diri sebentar ... Hihi. Tadi saya terdengar kawan Encik Kacak tu ucapkan tahniah. Kenapa ya? Saya pun nak ucapkan tahniah. Encik Kacak ada menang apa-apa anugerah kot? Anugerah Lelaki Paling Kacak Di Hati Miss Zue, memang dialah pemenangnya. Hihi. Encik Diary, hari ni saya nak kenalkan Encik Diary dengan seorang class mate saya. Nama dia Ahmad Ghazali a.k.a. Azal. Nama panggilan Ahmad Ghazali di kalangan kawan-kawan baiknya ialah Azle. Ciss! Apa lah ... Nama seorang ahli ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam tapi panggilan Azle. Dia tu kan ... nakal sangat tau Encik Diary. Geram sangat dengan dia. Setiap kali nampak dia, saya macam nak keluarkan ninjutsu, genjutsu dan taijutsu yang saya belajar dari Naruto. Tak pun ilmu pedang samurai dari Roronoa Zoro ke ... Huh! Ahmad Ghazali ada 3 orang kawan baik. Med kata, Taufik, Jerry dan Paan, ialah kawan baik Ahmad Ghazali sejak kecil. Saya tak tahulah apa sumber rujukan Med. Tapi kalau betul mereka berkawan sejak kecil, setahu saya Paan berasal dari Kelantan, Taufik dan Ahmad Ghazali berasal dari Kuala Lumpur dan Jerry (macam Tom and Jerry, tapi perangai Jerry macam Tom) pula berasal dari Johor. Mungkin mereka belajar di sekolah yang sama? Mungkinkah mereka merupakan kawan pena? Okay, cut that one out. Ah, tak kiralah! Yang penting ... eee! Ahmad Ghazali and the gang, kata Med dan menurut pendapat 87% female engineering students, memang panas berapi. Saya tak tahu dari mana statistic itu diperoleh tapi kalau pernyataan itu adalah satu fakta, maka saya tidak termasuk dalam 87% itu. Hoh! Panas berapi? Sizzling hot? Saya tak rasa panas pun. In fact, saya rasa Ahmad Ghazali and the gang tu vakum kot. Haha. Nak bandingkan Ahmad Ghazali dengan Encik Kacak ... Hmm ... Macam semut dengan ikan paus. Ahmad Ghazali ialah semut manakala Encik Kacak ialah ikan paus. Hihi. Okay, sejujurnya, kali pertama saya ternampak Ahmad Ghazali, naluri kewanitaan saya ni agak tersentap jugalah. Tapi special effect yang Ahmad Ghazali berikan tidak sehebat special effect daripada Encik Kacak. Ahmad Ghazali tak pernah buatkan langkah saya terhenti atau berada di awan. Dulu, kali pertama saya nampak Ahmad Ghazali, saya Cuma terasa nafas saya terhenti sesaat. Sesaat kemudian, saya bernafas seperti biasa dan tiada kesan sampingan seperti bermimpi di siang hari dan angau yang tidak berhenti. Ada satu lagi kenyataan yang juga dikeluarkan oleh Med. Med kata, Ahmad Ghazali and the gang sebenarnya berasal dari golongan berada. Menurut seorang ahli ekonomi Itali, Vilfredo Pareto, 80% kekayaan Negara dimiliki oleh 20% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Di Malaysia juga begitu. Kata Med, keluarga Ahmad Ghazali and the gang termasuk dalam golongan 20% itu tapi tidaklah sekaya Robert Kuok, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, T Ananda Krishnan dan Tan Sri Tony Fernandes. Saya tak pasti itu fakta atau khabar angin tapi kalau dilihat dari penampilan Ahmad Ghazali and the gang, ada aura yang dipancarkan. Mungkin aura jenama beg, kasut dan baju yang mereka pakai. Hihi. Kalau betul Ahmad Ghazali and the gang berasal dari keluarga berada, kenapa mereka belajar di IIUM? Kenapa tak belajar di luar negara? That’s what normally rich people do, right? Kenapa mesti IIUM? Kejap ... Kenapa saya terasa macam Ahmad Ghazali and the Gang ni macam watak dalam F4 atau Hana Yori Dango atau Boys Over Flower? Damn! Please ... tak sama langsung! Jauh Kuala Lumpur dari Taiwan, jauh Kuala Lumpur dari Jepun dan jauh Kuala Lumpur dari Seoul, begitu jugalah jauhnya Ahmad Ghazali and the gang dari Domyouji and the gang, Gu Jun Pyo and the gang dan Dao Ming Si and the gang. Saya nak beritahu Encik Diary sesuatu. Bagi saya kan ... tiga watak yang paling kacak dalam ketiga-tiga versi cerita itu ialah Vanness, Hanazawa Rui dan So Yi Jung. Super kacak! Antara Encik Kacak dengan ketiga-tiga watak itu ... Uhh ... Saya tak boleh pilih! Haha. Gilalah saya ni. Saya pun pening dengan diri saya sendiri. Ada tambahan. Jung Yong Hwa pun sangat kacak ~~~ Ahmad Ghazali and the gang tu nakal sangat tau Encik Diary, terutamanya Ahmad Ghazali. Dialah orang yang paling kuat menyakat. Tapi dia tak pernah kacau saya directly. Dia akan kacau saya melalui Med. Saya tak tahu kenapa tapi Ahmad Ghazali and the gang selalu kacau Med. Mungkin sebab Med selalu bagi respon, sebab itulah mereka makin kuat mengusik. Nama panggilan Med ialah McD. Semuanya sebab Jerry perasan tandatangan Med di kertas kehadiran tertulis seperti Mcd. Padahal sebenarnya tandatangan Med tu ialah Med. Encik Diary faham kan? Ke saya cakap berbelit-belit? Saya selalu rasa orang tak faham apa yang saya cakap. Hihi. Ahmad Ghazali selalu panggil saya “The Awek”. Damn! Saya ada terdengar Ahmad Ghazali “mengadu” kepada Med yang saya ni sombong. Emm ... Sombong ke saya? Mestilah tak, kan? Encik Diary tahu betapa super duper friendly dan becoknya saya, kan? Tapi di depan Ahmad Ghazali and the gang, saya akan membisu seribu bahasa. Saya tak tahu nak cakap apa. Nak ucapkan selamat pagi pada mereka? Saya rasa kalau saya ucapkan selamat pagi, nanti suasana mesti sunyi sepi dan akan terdengar bunyi cengkerik atau bunyi katak. Eee ... Tak sanggup saya nak bayangkan. Saya boleh bayangkan muka Ahmad Ghazali yang tersengih ... Tidaaaakkkkk ...! Emm ... Ahmad Ghazali and the gang sebenarnya senior. Mereka sekarang belajar di Level 3. Mereka bukan class mate saya untuk semua subjek. Kalau tak silap saya, saya belajar di dalam kelas yang sama untuk subjek Instrumentation and Control dan Fiqh and Ethics for Everyday Life. Tapi kehadiran mereka berempat dalam setiap kelas sangat menyerlah terutamanya dalam kelas Instrumentation and Control. Mereka macam Pop Corn yang tengah menggelegak dalam periuk. Bising dan bingit. Hee ... Sesi hari ini ialah sesi mengutuk dan mengumpat. Taubatlah Zue! Bye bye Encik Diary!

0 comments:

Post a Comment