Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 8

Khamis 21:21:39 Dear Encik Diary, Hari-hari yang berlalu bagaikan mimpi yang indah. Semuanya terasa indah. Cahaya matahari yang sepatutnya berwarna kuning keemasan kelihatannya seperti berwarna ungu. Panas terik matahari seperti bintang berkelipan jatuh ke bumi seperti salji yang menyejukkan hati ... Jiwang tak? Haha. Kalau Encik Diary observe perangai saya macam ni dalam masa dua minggu, Encik Diary boleh segera daftarkan nama saya ke pusat rawatan mental. Nampaknya saya telah mengalami ilusi secara berlebihan. Hihi. Encik Diary, bila kita ‘jatuh cinta’ kepada seseorang, kenapa tiba-tiba wajah orang itu selalu ada di depan mata? Sedangkan selama ini, mungkin sudah berpuluh-puluh kali saya dan dia berselisih, tapi wajahnya tak pernah melekat di fikiran. Tapi sekarang ...? Virus “Mandi Tak Basah, Makan Tak Kenyang dan Tidur Tak Lena” sudah menjangkiti saya. Virus itu sudah mula merebak sehingga menunjukkan satu simptom baru iaitu “Tidak Menumpukan Perhatian Di Dalam Kelas.” Bahaya sungguh virus itu, Encik Diary. Hari ini dan semalam serta seminggu lepas, hampir setiap hari saya terserempak dengan Encik Kacak yang masih kacak seperti selalu. Haha. Setiap kali saya ke Masjid Sultan Ahmad Shah, setiap kali saya ke Central Library, setiap kali berada di Business Centre, pasti ada Encik Kacak. Ada masanya dia bersendirian, ada masanya dia ditemani beberapa orang kawannya. Encik Kacak seperti berada di mana-mana saja. Encik Kacak pelajar Kuliyyah apa ya? Saya tak pernah nampak Encik Kacak di Kuliyyah of Engineering. Jadi tak mungkin Encik Kacak pelajar kuliah kejuruteraan. Saya juga tak pernah nampak Encik Kacak di KAED (Kuliyyah of Architecture and Environmental Design) walaupun sebenarnya pelajar KAED memang tidak akan ditemui di tempat lain melainkan di KAED sendiri. Pelajar KAED sepanjang masa berkampung di studio, melukis dan terus melukis ... Saya rasa Encik Kacak ialah pelajar AIKOL atau IRK. Kenapa saya rasa macam tu? Sebab ada aurat keAIKOLan dan keIRKan pada dia. Haha. Saya tak pandai melukis tau, Encik Diary. Mama pandai melukis. Papa pun begitu. Bakat melukis nampaknya tidak diwariskan kepada saya. Haha. Saya kagum dengan orang yang pandai melukis. Mana tidaknya ... Garis sini, garis sana, bulat sini, bulat sana, zigzag line sini, zigzag line sana ... Tuppp ... Satu lukisan abstrak dihasilkan. Apa yang saya mampu lakukan hanyalah menggelengkan kepala dan one thumb up! Dulu saya pernah terfikir untuk belajar melukis tapi tangan saya ni macam batu. Keras semacam. Satu lagi, saya ni tak kreatif langsung. Dulu di sekolah, jika ada tugasan berkumpulan, pelajar perempuanlah yang biasanya akan memastikan kekemasan, kepelbagaian corak dan kecomelan tugasan tersebut, kan? Tapi pelajar perempuan itu bukanlah saya. Saya memang tak pandai untuk membuat corak atau apa-apa sajalah. Biasanya tugasan sayalah yang paling dull dan membosankan. Selain itu, saya selalu tengok buku-buku kawan saya. Semuanya penuh berwarna dengan pen highlight bermacam warna. Kepala saya akan pening melihat terlalu banyak warna. Buku saya? Yang ada cumalah contengan dari pen berwarna hitam dan biru. Hoho. Okay, kita sambung cerita tentang Encik Kacak. Hari ni dan seperti hari yang sama minggu lepas, saya jumpa Encik Kacak. Petang semalam saya terserempak dengan Encik Kacak di library. Bukan terserempak pun sebenarnya. Saya kan stalker. Saya tahu dia akan study di library, level 4 setiap hari Khamis. Hihi. Seperti biasa, saya akan menyelam sambil minum air. Encik Diary jangan salah faham tau. Saya memang suka tengok Encik Kacak. Tapi saya still study. Encik Kacak la inspirasi saya untuk study. Saya ni gila, kan? Tapi betul tau Encik Diary. Encik Kacak tu la penyebab saya jadi rajin ke library, sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk belajar (walaupun rasanya ini baru minggu pertama saya belajar di library, ngahaha). Saya rasa kalau saya tak pernah nampak Encik Kacak ni, tak mungkin saya datang ke library kot. Kalau datang pun setakat untuk pinjam bahan bacaan ringan. Encik Diary pun tahu saya ni novel freak kan? Semalam dia pakai baju kemeja T berlengan pendek berwarna putih. Sesuai dengan warna kulit dia yang agak cerah. Honestly, pada pendapat saya tak ramai orang yang sesuai pakai baju berwarna putih tapi dia ...? Saya rasa kalau dia pakai baju warna pink pun tak apa. Pakai warna apa-apa pun sesuai. Haha. Sah, saya dah angau! Haa ... Saya rasa semalam dia penat kot Encik Diary. Saya tengok berapa kali dia pejamkan mata. Mungkin dia mengantuk. Atau penat. Atau ada masalah? Kalau betul dia ada masalah, apa agaknya masalah dia? Saya teringin nak tau. Saya nak tau segala-galanya tentang dia. Encik Diary ... Kalaulah sekurang-kurangnya saya tahu nama dia ... kan bagus? Tapi saya tak tau apa-apa pun pasal dia. Suara dia saja yang saya pernah dia dengar. Kalau dia belajar dengan kawan dia pun, dia tetap takkan bersuara. Mungkin dia bukan jenis yang suka belajar berkumpulan macam saya. Saya tak suka study dalam group. Saya Cuma akan study group bila saya rasa perlu. Tapi untuk belajar dengan kawan setiap masa, sorry, that’s not me. It sounds like I am selfish but I didnt bring any harm to anyone. Belajar secara berkumpulan, bagi saya, Cuma berkesan pada waktu tertentu atau lebih tepat ... apabila waktu genting. Kalau hari Khamis ada exam, hari Rabu tu wajib ada study group. Hihi. Student life. I’ll miss it when I graduated. Kalau macam ni lah gaya hidup saya, jadi stalker, apa agaknya akan jadi pada masa depan? Selamat malam Encik Diary. Saya tak nak jawap soalan kat atas ni. Haha.

0 comments:

Post a Comment