Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, January 14, 2013

FIY

Novel yg saya tulis juga boleh dibaca di penulisan2u.my ... Atas nama pena Pemuja Rahsia ...

Sunday, January 13, 2013

ENTRY 12

Ahad 22:12:49 Dear Encik Diary, Sometimes important event comes when you least expecting it. Betul, kan? Macam-macam perkara boleh berlaku dan di Peer Tutoring Camp, perkara yang sangat mengujakan telah berlaku. Hihi. Okay, mari saya ceritakan satu persatu. Saya excited ni! Okay, hari Jumaat lepas, pada pukul 9.30 pagi, saya dan beberapa orang GC SLEU bertolak ke Ulu Yam menaiki bas mini. Bukan bas mini yang berwarna pink tu tau Encik Diary. Bas mini IIUM ni ialah sebuah bas yang kecil yang menampung kira-kira 20 orang sahaja. Pagi itu, hanya 8 orang sahaja yang perlu tiba awal untuk menyediakan peralatan yang kami bawa. Apa yang kami bawa? Macam-macam. Laptop, PA system, peralatan untuk permainan yang kami rancang, alat tulis, kertas selain daripada barang peribadi kami. Lenguh jugalah badan saya mengangkut barang berulang-ulang kali sebab dewan agak jauh dari kawasan parking. Selepas siap setup peralatan, brother GC pulang semula ke IIUM untuk mengerjakan solat Jumaat dan kembali ke Laman Nur Bestari bersama para peserta yang terpilih. Saya tak tahu macam mana para peserta dipilih sebenarnya. Dulu sewaktu saya mula belajar di IIUM, sewaktu Taaruf Week, saya lihat nama saya termasuk antara nama yang terpilih untuk menyertai Iflah Camp yang waktu itu diadakan di Golden Straits Villa, Port Dickson. Kami tidur di apartment yang saya rasakan agak mewah. Hotel itu betul-betul berhadapan dengan pantai. Cantik sangat tempatnya. Okay, kembali ke cerita asal. Sewaktu menunggu ketibaan peserta, saya dan beberapa orang sister GC yang lain berehat sebab a long and tiring days await us. Kami sempat membeli aiskrim dan sewaktu makan aiskrim (yang rasanya sangat sedap ketika itu), kami ternampak brother Wahab yang merupakan Director untuk camp kali ini. Sebagai GC yang bertanggungjawab untuk catering untuk sisters, selepas sesi pendaftaran, saya menyerahkan makanan tengahari kepada peserta perempuan manakala brother Uson, pelajar dari Kazakhstan bertanggungjawab menguruskan makanan pelajar lelaki. Sesi ice breaking bermula dengan … uhmm … agak baik. Haha. Sebab saya menjadi bidan terjun … tiba-tiba saja saya menjadi MC untuk sesi ice breaking. Hihi. Tak malu betul, puji diri sendiri. Anyway, waktu tu saya masih tak perasan … Pada pukul 5.30 petang, saya dan brother Uson ke kantin untuk memastikan makanan sudah disediakan sebelum peserta dibenarkan untuk makan. Sementara menunggu para peserta, saya dan brother Uson berbual. Brother Uson ada seorang kembar yang bernama Asan. Sebutan nama mereka dalam bahasa Melayu ialah Hasan dan Husin. Pasangan kembar yang comel.  Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Saya dan brother Uson membantu peserta mengambil lauk bagi memastikan makanan cukup untuk para peserta dan GC. Dan ketika itulah … seseorang berdiri di hadapan saya, dengan sebuah pinggan di tangan. Ada senyuman di bibirnya. Saya terus tunduk lalu menceduk kuah kari dan seketul ayam ke dalam pinggannya. Encik Diary … Encik Kacak is one of the participants! Oh God why … Hari pertama berlalu dengan lancar. Selepas sesi post-mortem, barulah terbongkar rahsia yang sebenarnya bukanlah rahsia. Encik Kacak sebenarnya sudah lama menjadi tutor di SLEU dan kerap menyertai program yang diadakan oleh SLEU. Tapi cuma kali ini our path crosses each other. Hihihi. Nama Encik Kacak ialah Afeef Al-Baihaqi dan tekaan saya tepat. Encik Kacak ialah seorang pelajar AIKOL. Sepanjang camp, saya perhatikan Encik Kacak … emm … perlu ke saya panggil dia Afeef Al-Baihaqi atau teruskan dengan nama Encik Kacak? Biar saya fikirkan kemudian. Sepanjang camp, Encik Kacak aktif orangnya. Dia cuba untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang diadakan. Encik Kacak juga cuba untuk menyapa saya. Maksud saya, dia kan sudah dikenali dan mengenali GC yang lain. Hanya saya saja yang tak pernah dikenalinya sebab tidak seperti GC yang lain, saya hanya menyertai camp. Brother Asan dan Uson banyak menyertai aktiviti lain. Pada petang hari kedua, kami mengadakan aktiviti treasure hunt sebagai aktiviti luar dan saya ditugaskan untuk menjadi salah seorang penjaga check point. Apabila kumpulan Encik Kacak tiba di check point saya, secara jujurnya, saya jadi kaku. Kebetulan pula, Ariff, pelajar dari Indonesia, yang ditugaskan menjadi photographer berada bersama. Ariff sibuk merakam video dan menangkap gambar. Pada satu ketika, yang saya tidak sedar, Ariff memandang saya. Dia senyum lalu menangkap gambar saya. Saya tak tahulah bagaimana reaksi saya di dalam gambar itu nanti. Tidak lama selepas itu saya terdengar seseorang ketawa. Saya berpaling dan … Encik Kacak ada berdekatan dengan saya. Something had happened … Malam itu, selepas supper, saya dan brother Uson sedang mengemas peralatan di kantin. Tidak lama kemudian, seseorang datang dan seseorang itu ialah Encik Kacak. Dia menegur Uson dengan ramah dan senyum pada saya. Saya? Saya kan expert dalam membuat poker face … Haha. Tak adalah. Sebagai GC yang berdedikasi, mestilah saya senyum dan menyapa Encik Kacak. Dia memang peramah. At least, itu first impression yang dia berikan kepada saya. Jadi kami bertiga berjalan beriringan pulang ke bilik kami. Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba brother Uson memanggil kami dengan suara yang excited. “Hey, what’s that? What’s that?” Dia menunjuk ke kawasan pokok buluh di sepanjang kanan kami. Honestly, masa tu saya seram sejuk. Encik Diary faham ajelah … Ulu Yam kan, kata orang, kawasan yang keras. Mama pun banyak berpesan kepada saya supaya jaga tingkah laku. Yep, mungkin saya ni agak primitif dari segi pemikiran. Haha. Encik Diary tau apa yang Uson nampak? Kelip-kelip. Cantik sangat Encik Diary. Seumur hidup saya, saya tak pernah nampak kelip-kelip. Itu membuatkan saya terfikir alangkah indahnya makhluk ciptaan ALLAH dan indahnya saat itu kerana dapat saya kongsi bersama seseorang … Okay, the last part was a little bit … euwhh … Haha. Tapi saya … gembira, Encik Diary. Saya dapat tengok kelip-kelip dan saya dapat tengok kelip-kelip bersama Encik Kacak! Saya sedar yang saya tersenyum sewaktu melihat kelip-kelip itu dan saya sempat, sneakily, melihat Encik Kacak yang sedang memerhatikan kelip-kelip dan saya lihat dia tersenyum …  Dah lama saya tak menaruh perasaan terhadap seseorang. Secara automatiknya dah lama saya tak berasa gembira dengan hanya dapat melihat wajah seseorang itu. Am I in love? Emm … I don’t know the answer yet. Not yet … It is way too early to make such statement … Hmm … Hmm … Anyway, pada pagi hari Ahad sebelum kami bertolak pulang ke IIUM, Ariff telah menyiapkan video untuk menjadi tontonan kami. Encik Diary ingat tak sewaktu game treasure hunt, Ariff ada mengambil gambar saya, kan? Waktu itu, Ariff senyum, kan? It turned out that Encik Kacak … adoi … macam mana nak cakap? Dia buat gaya ‘kacak’ di belakang saya. Dalam gambar tu hanya ada saya dan Encik Kacak. Sewaktu gambar tu ditayangkan, kebanyakan peserta bersorak. Maklumlah, dalam camp kali ini, saya agak dikenali. Kenapa? Sebab saya yang bertanggungjawab menyediakan makanan. Huahuahua. Evil laugh. Tata Encik Diary! Tonight I shall dream of the moments that I and Mr Handsome have shared together. Hoyeh!

ENTRY 11

Khamis 23:12:09 Dear Encik Diary, Sejak peristiwa di Pulau Pinang, saya cuba untuk menjarakkan lagi diri saya daripada Ahmad Ghazali and the gang. Mesti mereka ingat saya sombong, kan? Kalau kes saya ni dibicarakan, apa counter argument saya untuk menolak kenyataan bahawa saya ini sombong? Hmm ... Satu perkara yang pasti ialah saya memang tak dapat ‘masuk’ ke dalam Ahmad Ghazali and the gang. Ahmad Ghazali and the gang ... Mereka tidak social. Mereka peramah, despite the fact that they are from super rich families. Mereka tak macam yang watak orang kaya saya tonton di televisyen. Sombong, berlagak, memandang rendah kepada orang lain ... Ahmad Ghazali and the gang, walaupun mempunyai kereta mewah, kata Med, mereka tidak menaiki kereta ke kelas. Mungkin kerana masalah parking. Selain itu, Ahmad Ghazali and the gang tidak berlagak mahu makan makanan yang mahal. Tanpa segan silu, mereka makan di cafeteria KAED. Saya dan Med juga pernah makan bersama mereka di coffee shop di Kuliyyah of Engineering. Perbualan mereka juga sama dengan perbualan saya dan Med. In the end, mereka juga manusia biasa, seperti orang kebanyakan. Haha. Macam la diorang tu golongan bangsawan. Walaupun mereka tidak cuba untuk menyembunyikan hakikat yang mereka sememangnya kaya, tapi sekurang-kurangnya mereka tak menolak untuk berkawan dengan Med ... dan saya. Oh ya, saya dah bayar balik duit Ahmad Ghazali. Haish ... Segannya saya nak bercakap dengan Ahmad Ghazali, ALLAH saja yang tahu. Saya ada terfikir untuk minta tolong Med tapi saya pasti Med akan menolak. Lagipun ini perkara antara saya dan Ahmad Ghazali, kan? Ahmad Ghazali tak mahu terima wang saya, Encik Diary. Tapi saya terus letakkan di atas mejanya dan tidak ambil peduli lagi. Jadi, apa topik kita hari ini? Haa ... hujung minggu ni saya akan menyertai Peer Tutoring Camp di Laman Nur Bestari Resort, Ulu Yam. Camp ini dianjurkan oleh Student Learning Enhancement Unit (SLEU) untuk melatih tutor bagi menjadi tutor yang lebih baik. SLEU, seperti namanya, ialah satu unit di IIUM untuk membantu pelajar. Pelbagai program dianjurkan, bukan sahaja untuk tujuan motivasi, seperti kursus bahasa, kelas tutorial berbayar dan sebagainya. Saya sudah menerima surat lantikan untuk menjadi Group Coordinator buat kali kedua. Sebenarnya, ini adalah salah satu program yang saya ikuti di IIUM. Tidak seperti Med, saya tidak banyak menyertai program. Kenapa? Encik Diary rasa kenapa? Ya ... Sebab saya sangat malas. Hihi. Semalam saya sudah menghadiri mesyuarat bersama Camp Coordinator dan Group Coordinator yang lain. Ceh, bunyi macam hebat je kan ... Haha. Group Coordinator, atau dipanggil sebagai GC, sebenarnya sama saja dengan ahli jawatankuasa bagi program. Bezanya, tugas GC tidak tetap. Walaupun setiap GC dipertanggungjawabkan dengan satu biro, seperti Ibadah & Discipline, Preparation & Technical ... Tapi setiap GC perlu hadir untuk membuat persiapan sebelum ke tempat camp diadakan. Apa persiapan yang dibuat? Macam-macam jugalah. Biro Prep&Tech bertanggungjawab untuk memastikan semua peralatan yang diperlukan cukup dan berfungsi dengan baik. Tapi tugas seorang GC tidak tertakluk kepada tugas yang disenaraikan. Contohnya, walaupun kali ni saya diberikan tugas untuk bagi Catering, saya diminta untuk mengendalikan sesi Ice-breaking dan game untuk outdoor activities. Encik Diary pernah main Human Bingo? Game ni sama je macam Bingo. Bezanya, dalam game ni peserta perlu mendapatkan tandatangan GC yang menjadi jawapan kepada klu di dalam setiap petak. Objektif permainan ni? Mestilah untuk merapatkan hubungan antara GC dan peserta. Camp yang diadakan oleh SLEU berbeza daripada camp lain, tau ... Bilangan peserta dan GC yang terhad membuatkan kami tidak berasa kekok dan mesra antara satu sama lain... Encik Diary mesti fikir macam mana saya boleh mesra dengan participant, kan? Eee ... Encik Diary ni keji la. Saje je kan ... Huhu. Emm ... Saya ni ... Hipokrit orangnya, kan? Haha. Kalau keadaan memerlukan saya untuk menjadi friendly, saya boleh jadi friendly ... Tapi saya memang friendly, kan Encik Diary? Saya rasa tak sabar untuk ke Ulu Yam hari Jumaat ini. Walaupun saya sebenarnya tak suka untuk menggalas tugas (waaaaa ...) untuk mengendalikan makanan dan minuman peserta, tapi tak apalah. Buatlah yang terbaik. Oh ya. Tadi saya cakap saya akan mengendalikan sesi game untuk outdoor activities kan? Kali ini, seperti camp yang sebelum-sebelum ini juga, kami akan mengadakan treasure hunt. Di setiap check point, setiap kumpulan perlu melakukan satu task. Saya akan menjaga satu task yang dinamakan Fashion Show. Mulanya game ini dinamakan Bride & Groom tetapi nama ini ditolak oleh Camp Coordinator. Dalam task ini, setiap kumpulan perlu memilih seorang brother dan seorang sister untuk menjadi wakil kumpulan. Dengan menggunakan surat khabar dan pita pelekat, mereka perlu mereka pakaian pengantin untuk wakil yang telah mereka pilih. Lame, kan? Tapi saya suka ... Dan saya harap participant pun akan suka akan game ini ... Aminnnn .... Kejap ... Saya rasa ada perkara penting yang saya perlu beritahu Encik Diary. Apa ya ... Haaa! Encik Diary ingat lagi dengan Encik Kacak? Tadi saya ternampak Encik Kacak di SLEU ... Waktu itu saya berada di kaunter, berbincang tentang makanan untuk peserta dengan Kak Hasna, seorang staff di SLEU. Tak lama kemudian, saya terdengar bunyi pintu kaca dibuka dan ... Sumpah saya terkedu, Encik Diary. Saya rasa degupan jantung saya terhenti sesaat. Dan saya rasa, buat pertama kalinya, Encik Kacak sedar akan kewujudan diri saya di dunia ini. Encik Kacak pandang saya. Sesaat mata saya dan Encik Kacak bertembung kemudian saya terus memandang Kak Hasna yang sedang menjawab panggilan telefon. Perasaan saya waktu itu ... Kalau soalan yang Encik Diary tanya ini soalan exam, saya akan tersenyum dan ketawa sendiri. Kenapa? Sebab saya tau .. I’m so dead! Saya tak tahu jawapannya. Yang saya tahu, dada saya berdebar-debar. Dan saya rasa ... Kalau pandangan mata saya tak silap, senbelum saya melarikan pandangan daripada mata Encik Kacak, saya rasa saya ternampak Encik Kacak senyum ... Mungkin pada saya. Haha. Perasan! Okaylah Encik Diary. Malam ni saya mewajibkan diri saya untuk tidur awal. Pukul 10 pagi esok saya akan bertolak ke Ulu Yam bersama beberapa orang GC untuk set up semua peralatan. Barang-barang saya sudah dimasukkan ke dalam beg. Jumpa lagi hari Ahad nanti, Encik Diary! Saya harap ada peristiwa menarik untuk dikongsikan dengan Encik Diary semasa camp nanti ... Tata!

ENTRY 10

Isnin 22:45:01 Dear Encik Diary, Saya angau lagi. Setiap kali saya teringat drama Korea yang saya tonton, saya terbayang, adakah Encik Kacak se’childish’ Rain dan seromantik hero My Girl, Lee Dong Wook. Kalau begitulah Encik Kacak orangnya, alangkah bahagianya ...Saya akan defy gravity law. Tapi saya cuma mampu mengeluh ... Mana mungkin saya dapat orang sebegitu, kan? Dream and keep on dreaming ... Bak kata ayat motivasi yang pernah saya terima dulu ... Loving someone is like watching a star in the middle of darkness of night. Keep watching because stars can fall, rite ... Haha. Dulu saya sangat suka ayat itu. Saya ingat lagi. Dulu saya tulis ni halaman pertama buku teks Sejarah tingkatan 4. Setiap kali saya tengok buku Sejarah itu, saya akan tersenyum. Ada kisah di sebalik buku Sejarah itu. Memang padan dengan buku tu. Buku tu memang bersejarah. Hihi. Bintang memang akan jatuh ... Tapi kalau bintang tu jatuh hanya untuk menyebabkan kerosakan dan kemusnahan, lebih baik bintang itu kekal di tempatnya, kan? Encik Diary setuju, tak? Dulu saya percayakan ayat yang entah siapa yang merekanya ... Tapi sekarang? Saya rasa, walaupun saya tak cukup matang dan masih sedikit kebudak-budakan dari segi pemikiran, saya masih dapat membezakan fakta dan rekaan. Hari ni saya nak bercerita tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Encik Diary ingat tak saya beritahu sepupu Med nak berkahwin? Med mahu saya turut serta tapi selepas berfikir masak-masak, saya tak nak tinggalkan Mama bersendirian walaupun hanya untuk empat hari. Mama suruh saya ikut Med tapi saya berkeras dengan keputusan saya. Med bersetuju tapi Med tetap mahu saya datang ke majlis perkahwinan sepupu Med iaitu pada hari Ahad. Med kata, saya tak perlu risau tentang pengangkutan untuk ke Pulau Pinang. Med sudah menjemput kawannya dan saya hanya perlu ikut bersama. Encik Diary rasa siapa kawan Med tu? Ya, saya ingatkan orang tu ialah Fizrin tapi... Saya tak faham ... Dalam banyak-banyak orang, kenapa Ahmad Ghazali and the gang? Puas saya tanyakan siapa kawan Med tapi Med tak mahu beritahu. Med hanya suruh saya datang ke IIUM pada pukul lapan pagi dan tunggu di perhentian bas Mahallah Maryam. Saya ikut kata-kata Med walaupun saya memberontak. Saya tiba di IIUM pada pukul 7.50 pagi. Seperti kata Med, saya perlu menunggu di perhentian bas di Mahallah Maryam. Tak lama kemudian, sebuah kereta Audi R8 berwarna kuning membuat U-turn dan berhenti di hadapan saya. Kemudian, Ahmad Ghazali keluar dari kereta mewah (yang saya rasa saya takkan mampu untuk miliki dalam hidup saya). Saat itu, hati saya terus berkata “Okay, dia memang sangat kaya.” Kemudian Ahmad Ghazali senyum. Encik Diary boleh bayangkan perasaan saya? Buat pertama kalinya, saya tak boleh buat poker face sebab saya memang terkejut. Saya pandang ke arah dua orang sister yang berada di hadapan saya dan mereka juga memandang ke arah saya. Saya terus tunduk ke lantai dan memandang tempat lain. Dalam hati saya mula resah. “Takkanlah Med jemput dia ...” Hati saya mula berdebar laju, atas sebab yang saya tak faham. “Hai Zue.” Ahmad Ghazali menyapa. Mendengar suara Ahmad Ghazali menyebut nama saya, tiba-tiba saya berharap yang nama saya bukanlah Zue. “Jomlah, kita gerak sekarang.” Suara Ahmad Ghazali kedengaran lagi. Saya tegakkan bahu lalu pandang Ahmad Ghazali. Saya memandang ke arah kereta Ahmad Ghazali. Nampaknya tak ada orang lain di dalamnya. “Yang lain naik kereta Jerry. Diorang tunggu di Main Gate.” Ahmad Ghazali memberitahu, seakan tahu apa yang bermain di fikiran saya. Dengan perasaan tidak rela dan menyumpah seranah Med, saya bangun menuju ke arah kereta Ahmad Ghazali. Encik Diary tahu apa dia buat? Yep, dia bukakan pintu kereta untuk saya. Saya tak tahu mana saya nak letak muka saya. Segan gilerrrr ... Sewaktu kereta Audi Ahmad Ghazali mula meluncur, saya nampak dua orang sister yang berada di perhentian bas itu senyum dan seakan berbisik sesuatu. Oh tidak ... My reputation ... heh! Di Main Gate, saya lihat ada sebuah kereta Mazda RX5 berwarna merah sedang berhenti di bahu jalan. Ahmad Ghazali menekan hon sekali. Sebaik saja melintasi kereta itu, saya lihat Jerry, Taufik dan Paan sedang melambaikan tangan. Saya terus memandang ke bawah. Kenapa Med buat macam ni ... Dan 4 jam seterusnya ialah jangka masa yang paling panjang dan tidak menyelesakan sepanjang hidup saya. Berdua di dalam kereta selama lebih empat jam dengan Ahmad Ghazali ... Satu perasaan yang ... adoi ... tak tahulah nak cakap macam mana. Ahmad Ghazali cuba untuk berbual. Macam-macam dia tanyakan pada saya. Dia tanya saya tinggal di mana, dengan siapa, kenapa study di IIUM dan etc. etc. etc. . Dia pun banyak bercerita walaupun saya tak tanya satu perkara tentang dia. 10 patah perkataan yang Ahmad Ghazali tanyakan, hanya dua atau tiga atau satu patah perkataan saja jawapan saya. Saya tak tahu macam mana nak respon pada Ahmad Ghazali. Saya kaku macam batu. Ini kali pertama saya bercakap secara langsung dengan Ahmad Ghazali. Selama ini jika ada sesuatu yang Ahmad Ghazali ingin tahu, Med yang akan menjawab bagi pihak saya sebab Ahmad Ghazali tak pernah bertanya secara langsung dengan saya. Ahmad Ghazali akan bertanya “Med, The Awek tengah buat apa?”, “Med, The Awek dah makan?” ... Setengah jam selepas bertolak dari IIUM, badan saya terasa sejuk dan badan saya mula tidak selesa. Bintik-bintik peluh mula menitik di dahi saya. Untuk pengetahuan Encik Diary, saya ni mabuk kereta. Mengikut kata Syeikh Wikipedia, car sickness atau motion sickness atau kinetosis, ialah a condition in which a disagreement exists between visually perceived movement and the vestibular system's sense of movement. Faham? Dalam kes saya, motion is sensed by the vestibular system of the inner ear and hence the motion is felt, but no motion or little motion is detected by the visual system. The eyes mostly see the interior of the car which is motionless while the vestibular system of the inner ear senses motion as the vehicle goes around corners or over hills and even small bumps. Therefore the effect is worst when looking down but may be lessened by looking outside of the vehicle. This helps to re-orient the inner sense of balance by providing a visual reaffirmation of motion. Saya tak tahu macam mana nak translate dalam bahasa Melayu. Hee. Maaf ya. Oleh sebab itu, saya tak dapat membaca di dalam kereta. Setiap kali saya mabuk kereta, saya akan cari satu posisi yang menyelesakan dan menikmati pemandangan. Bercakap di dalam kereta pun kadang-kadang akan menyebabkan saya pening. Bukan saja di kereta tetapi di train yang merangkumi LRT, KTM, Monorail, Star LRT … Ahmad Ghazali menyedari peluh di dahi saya. “Zue sejuk ke?” Ahmad Ghazali bertanya. Saya pandang Ahmad Ghazali dengan perasaan serba salah. Wajahnya berubah. “Zue tak sihat ke?” Ahmad Ghazali bertanya lagi. Saya rasa malu sangat waktu tu … Saya tak nak Ahmad Ghazali nampak ‘kelemahan’ saya. “Emm ... Saya minta maaf, saya mabuk kereta. Saya tak boleh bercakap banyak dalam kereta. Nanti saya rasa mual.” Saya memberitahu. Saya terlupa untuk membeli gula-gula sebab mengunyah atau makan di dalam kereta boleh mengurangkan kesan pergerakan yang dirasai oleh sistem vestibular. Ahmad Ghazali senyum. “Zue ambil beg plastic di belakang. Ada gula-gula dalam tu.” Kalau diikutkan hati, saya tak mahu ambil. Encik Diary jangan salah faham. Saya bukan ego, berlagak atau insensitive. Saya jenis yang akan menolak pemberian orang lain. Kenapa? Sebab saya tak nak membiasakan diri untuk menerima saja pemberian orang, apatah lagi untuk meminta-minta. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Saya bukan menolak rezeki tapi ... Mama ajar, jangan biasakan diri. Dan dalam situasi saya terpaksa menerima pemberian orang, saya akan cuba untuk membalasnya. Dalam keadaan seperti ini, saya terpaksa ambil. Saya tak mahu ambil risiko untuk muntah di dalam kereta. Sebaik saja tiba di rumah sepupu Med, saya terus menjadi ekor Med. Ke mana saja Med pergi, saya akan ikut. Saya tak mahu dibiarkan bersama dengan Ahmad Ghazali and the gang dan saya tak mahu berada dekat dengan Ahmad Ghazali. Cukuplah saya dan Ahmad Ghazali menjadi perhatian tetamu yang hadir. Kenapa? Sebab Ahmad Ghazali buka pintu kereta untuk saya lagi! Malu tau ... Jerry yang memang suka menyakat tidak habis-habis bersiul dan ketawa. Saya tak faham kenapa Ahmad Ghazali membuka pintu kereta untuk saya. Agaknya dia takut saya buka pintu kereta dengan kuat tak? Kereta Audi milik dia kan sangat mahal ... Tapi tak perlulah sampai perlu bukakan pintu untuk saya. Apa kata orang nanti? Kenapa saya perlu terima layanan ‘istimewa’ begitu? Huh! Kira-kira pukul empat petang, kami bertolak pulang. Kali ini, saya dan Med menaiki kereta Jerry. Taufik dan Paan pula menaiki kereta Ahmad Ghazali. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R untuk mengisi minyak kereta. Med dan Jerry keluar dari kereta, meninggalkan saya yang mula berasa mual. Tidak lama kemudian, seseorang mengetuk cermin kereta. Ahmad Ghazali menyuruh saya menurunkan cermin kereta. “Zue mabuk lagi?” Ahmad Ghazali bertanya. Saya tergamam dengan soalannya. Tiba-tiba saya tersedar yang saya terlupa untuk membeli gula-gula. Tapi belum sempat saya keluar, Ahmad Ghazali menunjukkan sebuah beg plastik lalu menyerahkannya kepada saya. Encik Diary tahu apa di dalamnya? Ada gula-gula Torrone, Chupa Chups, Mentos, Polo, coklat Vochelle, kacang, kuaci dan keropok Twisties. Dan belum sempat saya nak berikan wang, Ahmad Ghazali sudah masuk ke dalam keretanya, meninggalkan saya termangu sendirian ... Dan sekarang, saya tak mahu fikir tentang apa yang sudah terjadi. Esok saya akan berikan wang kepada Ahmad Ghazali untuk makanan yang dia belikan. Saya sangat penat dan saya mahu berehat. Selamat malam, Encik Diary!

ENTRY 9

Sabtu 21:11:14 Dear Encik Diary, Topik kita pada hari ini ialah tentang Med dan Fizrin. Saya risau tentang Med. Walaupun Med tak berterus terang, saya tahu Med sukakan Fizrin. Kalau Med tak sukakan Fizrin, takkanlah Med selalu sakit hati tentang Fizrin ... Saya tak faham Fizrin. Setiap kali Med hantar mesej, Fizrin ambil masa yang lama untuk membalas. Okay, Fizrin mungkin sibuk memandangkan Fizrin ialah salah seorang ahli jawatankuasa untuk Enginius. Enginius ialah persatuan untuk pelajar kejuruteraan. Haa ... Encik Diary tahu tak yang perkataan ingenium dari bahasa Latin yang bermaksud "innate quality, especially mental power, hence a clever invention”. Ini kata Syeikh Wikipedia tau ... Bukan saya yang cakap. Jadi ... saya ada kuasa mental ... dan ... pandai mereka cipta. Ya ... Mereka cerita pun saya cukup pandai ... Ya ... Haha. Okay, sambung tentang Med dan Fizrin. Fizrin akan ambil masa yang lama untuk balas mesej dari Med. Kadang-kadang Med juga akan ambil masa yang agak lama untuk balas mesej Fizrin. Tapi kan ... Fizrin selalu marah kalau Med lambat balas mesej. Pelik, kan? Lagi satu, sudahlah lambat balas mesej, biasanya Fizrin takkan balas mesej dari Med. Setiap kali saya tengok Med hantar mesej daripada Fizrin, setiap dua minit Med akan tengok kalau-kalau ada mesej dari Fizrin. Akhirnya, Med akan kecewa sebab Fizrin akan terus membisu. Tapi Encik Diary, yang buat saya rasa nak marah bagi pihak Med ialah, setiap kali Fizrin hantar mesej kepada Med, soalan pertama yang Fizrin akan tanya ialah “Lama tak mesej. Sombong.” Dan apabila Fizrin hantar mesej, Fizrin mahu dia diutamakan. Dia mahu Med membalas mesej darinya dengan cepat. Kalau tak, Fizrin akan call atau hantar mesej berkali-kali. Encik Diary bengang tak? Saya rasa kalau saya telefon Hot FM semasa Zon Bengang, saya yakin kes saya dikategorikan sebagai kes bengang. Saya tahu saya tak ada hak untuk msuk campur dalam hal Med dan Fizrin. Tetapi memandangkan Med ialah kawan saya, saya teringin untuk jaga Med. Saya tak nak Med terluka. Okay, kita sambung situasi Med dan Fizrin lagi. Med dan Fizrin, setahu saya, tak pernah bercakap di dalam kelas. Cara mereka berkomunikasi hanyalah melalui telefon. Pernah juga saya dengar Med bercakap dengan Fizrin di telefon. Saya pernah tanya Med kenapa mereka tak bercakap di kelas atau di mana-mana. Encik Diary nak tau apa jawapan Med? “Fizrin cakap dia lagi suka macam ni. Maksud dia, aku dan dia cuma contact melalui telefon.” Dan selain dalam telefon, you two are complete strangers? How fun is it? Saya teringin nak tanya soalan tu pada Med tapi saya tak sampai hati. Saya takut Med kecil hati dengan sikap saya yang kadang-kadang agak sarcastic. Daripada pemerhatian saya, saya rasa Fizrin tak serius dengan Med. Mungkin Med cumalah tempat untuk Fizrin menghilangkan kebosanan. Kalau Fizrin serius, kenapa dia tak nak bercakap dengan Med di kelas? Kenapa mesti berlakon macam tak kenal antara satu sama lain? Saja? That’s nonsense. Malu? That’s even worse. It is a humiliation. Tapi Encik Diary ... Baru-baru ni Med tak henti-henti menerima mesej. Setiap kali Med terima mesej, Med akan tersenyum. Pernah juga saya bagi jelingan maut pada Med tapi Med hanya sengih. Med tak nak bagitau saya dengan siapa dia berbalas mesej. Saya yakin orang itu bukan Fizrin. Sebab Fizrin tak mungkin hantar mesej kepada Med setiap hari. Biasanya Fizrin akan hantar mesej dua minggu sekali atau sebulan sekali. Huh. Encik Diary ingat lagi Ahmad Ghazali and the gang, kan? Intuisi kewanitaan saya memberitahu yang Med sedang berbalas mesej dengan salah seorang daripada empat orang kawan baik itu. Saya rasa orang itu bukan Ahmad Ghazali. Mengikut analisis saya, yang tidak berasaskan mana-mana fakta, mungkin the mysterious guy ialah Paan. On what basis I stated my assumption? Among those four guys, Paan yang paling suka mengusik Med. Ahmad Ghazali pun selalu menyakat Med. Tapi Paan macam ... flirting. Dia bukan mengusik sesedap mulut. Setiap kali Paan mengusik, usikannya berbaur ... uhh ... godaan? Eee ... that sounds dirty. Yang penting, Paan macam orang yang tengah meng’ayat’ semasa mengusik. Encik Diary faham, kan? Good. Bila bercakap pasal Ahmad Ghazali and the gang, hmmm ... hari ni saya diusik lagi. Saya tak diusik seteruk Med. Med selalu bagi respond pada usikan mereka berempat. Tadi Ahmad Ghazali duduk sebaris dengan saya dan Med. Sewaktu menghulurkan kertas kedatangan, boleh pulak Ahmad Ghazali tu main tarik-tarik kertas, Encik Diary. Bila saya hulurkan tangan untuk ambil kertas kedatangan, dia tarik kertas tu semula dan senyum. Saya buat poker face, subcooled atmosphere. Tapi Ahmad Ghazali, walaupun saya tetap tak bagi respond, dia tetap senyum. Encik Diary rasa saya ni hipokrit tak? Atau play hard to get? Jinak-jinak merpati, bak kata pepatah bahasa Melayu. Saya macam burung merpati ke? Tak masuk akal. Dari sudut mana saya fikir pun, saya bukan macam burung merpati. Ngee. Adakah saya seorang yang hipokrit? Kalau orang tak kenal saya, memang orang akan cakap saya sombong dan sukar untuk didekati. Tapi bila orang kenal saya, saya tak sombong pun, kan? Saya becok, kan? Secara jujurnya, saya memang tak nak jadi orang yang mudah didekati. Saya tak kisah dikatakan sombong dan saya tak kisah tak ada banyak kawan. Buat apa saya berpura-pura jadi orang yang peramah dan banyak kawan kalau itu semua hanya luaran? Bila saya baca balik apa yang saya tulis ni, saya ni memang sombong orangnya, kan? Haha. Tapi itu diri saya yang sebenarnya. Saya bukan diri saya lima tahun yang lalu. Terlalu peramah, terlalu baik, terlalu optimistic, terlalu percaya dan akibatnya ...? I lost everything including myself ... Encik Diary, hujung minggu ni saya dan Med merancang untuk duduk di rumah dan mengadakan Movie and Drama Marathon. Med meminjam drama Korea bertajuk Full House dan My Girl. Saya dan Med Cuma akan berhenti untuk solat. Kami akan makan dan minum dan menjahit manik di hadapan TV. Dengan kata lain, kami akan berkhemah di hadapan TV. Uhh ... perfect. Nanti kita sembang lagi ya, Encik Diary. Sekarang masa untuk episode ke-9 Full House. Tata.